Blog Archive

November 9, 2016

Masalah Kesuburan Di Kalangan Wanita

Apabila sepasang suami isteri yang telah lama mendirikan rumahtangga dan masih belum dikurniakan zuriat, ramai yang mengaitkannya dengan masalah kesuburan sama ada isteri atau suami.


Bagi wanita, masalah ini berlaku disebabkan oleh sel telur matang tidak dihasilkan atau pun gagal dikeluarkan.


Apakah Puncanya?

Ada beberapa faktor berlakunya masalah kesuburan ini.



ENDOMETRIOSIS

Tisu yang menyerupai endometrium tumbuh di bahagian lain. Sebagai contoh di bahagian luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopian, permukaan luar rahim, usus dan pelvic. Endometrium adalah tisu yang membentuk lapisan pada bahagian dalam dinding rahim. Ia berfungsi menyediakan tapak untuk janin melekat sekiranya berlaku persenyawaan.

Jika tisu tersebut tumbuh di luar rahim seperti ovari atau  usus, ketika haid ia akan mengeluarkan darah tetapi tidak dialirkan keluar melalui faraj. Sebaliknya darah tersebut akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan pada organ peranakan wanita tersebut.

Endometriosis juga boleh menghasilkan beberapa jenis racun serta bakteria yang mampu membunuh sperma, teluar mahupu janin. Ia akan menyebabkan kemandulan dan keguguran.



TIUB FALLOPIAN ROSAK

Di dalam sistem reproduktif seseorang wanita, saluran fallopian merupakan organ yang sangat penting. Di sini sperma akan berenang kepada ovum untuk tujuan persenyawaan.

Kerosakan pada tiub fallopian berlaku apabila ia tersumbat akibat berlakunya jangkitan kuman atau terdapat ketumbuhan seperti fibroid dan endometriosis.


HORMON DAN HAID

Masalah hormon yang tak seimbang ni ada kaitan yang sangat rapat dengan masalah kitaran haid yang tak normal seseorang wanita.

Masalah hormon yang tak seimbang menyebabkan berlakunya gangguan ovulasi pada wanita dan ia merupakan penyebab yang paling banyak dijumpai kepada masalah ketidaksuburan ini.



FIBROID

Saya pernah lihat fibroid yang dikeluarkan dari rahim salah seorang ahli keluarga terdekat. Memang agak besar. Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada kita. Ia boleh menghimpit pundi kencing,menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak ketika haid, sakit yang teramat sangat ketika tempoh haid dan juga sakit semasa bersama dengan pasangan.

Fibroid ni jangan dibiarkan kerana ia mampu membesar sehingga seorang wanita tu kelihatan seperti sedang hamil.




SINDROM OVARI POLISISTIK ( POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME- PCOS)

Pernah dengar tentang PCOS? Sindrom Ovari Polisistik adalah satu penyakit berkaitan sistem reproduksi. Berlakunya masalah hormon yang tak seimbang dalam be\adan telah memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.

Menurut sumber tertentu, dikatakan 6 - 10% wanita mengalami PCOS.

Siapa yang berisiko?

Ia boleh terjadi kebanyakan kepada wanita pada usia 20- 30 tidak mengira kaum dan atau budaya. jangan risau, ia bukan penyakit keturunan.

Masalahnya adalah pengovulan (proses bertelur) tidak berlaku atau ia tidak berlaku secara tetap pada setiap bulan. Selain itu, peningkatan hormon lelaki (androgen) yang berlebihan dalam badan wanita juga antara puncanya.

Bagaimana nak tahu? Ada tanda-tanda yang boleh kita lihat dengan mata kasar namun tak semestinya juga. Kena sahkan dengan doktor.

Antara tanda-tanda PCOS ialah haid datang secara tidak teratur (oligomenorea) dan kadangkala tiada (amenorea), bulu roma tumbuh agak banyak pada badan (hirsutisme), jerawat yang teruk dan kronik, obesiti, keguguran berulang, kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan) dan botak menyerupai lelaki (male baldness).


Vitamin Yang Dicadangkan ialah;


  1. Vita-Lea
  2. B-Complex
  3. Vita-C Plus
  4. Alfalfa
  5. GLA Complex




Vita-Lea ialah multivitamin dan multimineral Shaklee. Dah berusia 100 tahun. Punya lama di pasaran kearan kualitinya. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang tubuh kita perlukan.

Vita-Lea membekalkan vitamin yang lengkap untuk memastikan kesihatan yang optimum.



B-Complex sangat penting untuk wanita hamil serta yang bercadang untuk hamil. Ia mengandungi asid folik yang sangat diperlukan untuk ibu serta janin.



Vita-C Plus membantu menjaga kesihatan tubuh kita melawan penyakit yang datang. Malah ia merupakan anti-oksidan yang membantu badan kita menyingkirkan radikal bebas yang boleh mengganggu kesihatan kita.



Alfalfa merupakan herba yang sangat baik untuk kaum wanita. Sangat penting untuk kesihatan dalaman kita. Ia telah terbukti dapat mengatasi masalah keputihan, masalah period yang tak teratur serta masalah PMS. Bagi yang mengalami masalah sakit ketika bersama, Alfalfa boleh membantu.


Amalkannya dengan konsisten dan alami perubahan. Vitamin GLA Complex sangat penting untuk kesuburan wanita. Ia membantu wanita untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti.

Cecair ini penting untuk membantu sperma berenang ke tiub fallopian dan membantunya untuk hidup lebih lama sehingga hari ke lima selepas bersama.


Untuk membuat belian secara terus tanpa melalui Atiey, boleh klik link di bawah.

Order Set PCOS Sekarang.


Jika ada sebarang masalah, boleh hubungi Atiey untuk bantuan dan pertanyaan.





Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...