Blog Archive

November 17, 2016

Ketahui Cara Tambah Pendapatan Sehingga Empat Angka Bermodalkan RM69 Sahaja

Setiap hari ada je benda yang Atiey fikirkan cara yang Atiey boleh buat untuk bantu suami tambah pendapatan. Memangla cakap bantu suami, tapi kalau ikutkan nak pegang duit sendiri la kan.


Bila anak-anak minta itu ini, nak pergi tempat sekian-sekian, rasa macam nak sangat bawak diorang. Tapi kadang-kadang bila kita fikirkan bajet yang jadi kekangan, terpaksa bawak diorang ke tempat yang dekat-dekat dulu.


Dulu Atiey pernah kerja makan gaji. Tapi lepas lahirkan Raisha, Atiey macam terfikir. Sampai bila Atiey kena bagi orang lain besarkan anak-anak. Kenapa Atiey tak buat sesuatu supaya Atiey boleh jaga sendiri anak-anak tapi dalam masa yang sama dapat income.


Alhamdulillah. Bermula dari situlah, dah hampir lima tahun Atiey dengan Shaklee ni.


Mula-mula cerita dengan Shaklee ni sebenarnya tanpa niat pun  nak buat bisnes. Beli Set Menyusu masa tu. Sebelum tu dah try macam-macam tapi susu tak nampak pertambahan dan makin susut.


Beberapa kali repeat set tersebut. Dengan Shaklee ni nampak beza. Shaklee support tubuh kita dengan memberikan nutrisi yang emncukupi untuk ibu yang menyusukan bayi. Bila ibu sihat dan cukup nutrisi, pengeluaran susu jadi lebih lancar.

Lepas tu baru Atiey sign up jadi ahli. Masa tu RM65 je. Sekarang ni dah kena campur GST 6%. Tapi seumur hidup keahlian tau. Jimat sebab tak perlu nak perbaharui setiap tahun. Senang kan.

Masa pertama kali Atiey share tentang produk Shaklee kat Fb, ada beberapa orang yang order vitamin. Alhamdulillah, 15 haribulan bulan depan tu dapat pula bonus. RM36. Tapi sebab masa tu Atiey ada pendapatan utama lain, jadi RM36 tak tengok sangat.

Atiey rasa sayang pula kalau tak share kebaikan produk Shaklee ni kat orang lain. Jadi, Atiey buat blog dan kongsi cerita kat situ. Blog nilah. mommyceria.  Kat facebook pun masih juga.

Berkat perkongsian tu juga, ada saudara dekat dan adik beradik yang sama-sama tertarik dengan kebaikan Shaklee ni. Ada yang bagi feedback. Katanya selepas consume vitamin Shaklee ni, badan makin sihat dan ada kesan positif kepada masalah yang diorang hadapi.

Maklumlah, produk Shaklee ni dihasilkan dari sumber semulajadi yang  terbukti selamat dan berkesan.


Oh ye. sebab Atiey ambil keputusan nak buat bisnes dalam Shaklee ni adalah tak perlu simpan stok. Bila ada yang nak, Atiey boleh order dalam talian. Online. Dan Shaklee akan buat penghantaran. Kalau barang tu ada kerosakan ke, Shaklee akan bertanggungjawab mengikut terma dan syaratlah.. Selamat.


Sekarang ni Atiey ada simpan stok kat rumah juga. Senang kalau ada jiran-jiran yang datang nak beli kat rumah.


Dengan Shaklee ni, Atiey cuma perlu kongsikan kebaikan. Gembira betul bila ada kawan datang bagitahu Set Kesihatan Tulang yang dia amalkan sangat bagus. Kawan Atiey ni alami kereputan tulang. Dengan izin Allah, produk Shaklee dah bantu dia untuk lebih yakin dan kuat untuk naik tangga. Dah kurang sakit katanya. Lagipun doktor dah pasang beberapa besi kat tulang belakangnya untuk support pergerakannya.


Apa yang lebih penting, perniagaan Shaklee ni nukan sekadar kerana nak mengejar pendapatn 4, 5 atau 6 angka tapi lebih kepada nak bantu orang lain dapat perbaiki kualiti kesihatan dengan lebih baik. Bila kita bantu orang, kita akan lebih bahagia dengan bonus yang datang lepas tu. Berkat orang lain yang kita bantu, InshaaAllah kita berpeluang untuk dapat insentif kereta dan percutian taraf tujuh bintang.


Ada yang takmo kereta dan terima dalam bentuk cash. Tak membazir la gitu.


Ukhuwah yang terjalin sangat luar biasa. Sangat erat. Macam tak ada istilah upline dan downline. Masing-masing menyokong antara satu sama lain.


Kalau rasa berminat nak hasilkan pendapatan dan dapat semua yang sebutkan ni, jomlah hubungi Atiey. Kita bina empayar kita. InshaaAllah, di mana ada usaha, di situ ada kejayaan.





Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...