Blog Archive

November 14, 2016

Doa dan Usaha Hingga Berjaya




Assalamualaikum


Apa khabar hari ini?
Moga kita semua memulakan hari dengan Al Quran dan menjaga kesihatan dengan baik.


Rezeki ini sesungguhnya rahsia ALLAH tetapi jangan segan untuk meminta denganNya.

Dalam kita meminta perlu ada usaha. Bukan minta sahaja  tanpa cuba buat apa-apa.

Usaha yang bagaimana?

Usaha macam yang saya buat. Memberitahu dan menyebarkan tentang kepentingan kesihatan dan pilih makanan yang menyihatkan.

Ia perlu diulang-ulang.

Macam lagu di radio.

Mana mungkin orang tahu nak hafal jika hanya berputar sekali di udara?

Deejay memainkan peranan penting untuk mempopularkan sesebuah lagu.

Tidak perlu gusar jika kita lihat ada orang yang kata sales nya hebat, kerana kita cuma perlu cemburu pada 2 golongan iaitu :-

-orang yang banyak amalannya dan 
-orang yang banyak sedekahnya.

Apa yang kita perlu usaha, usaha memikat hati Allah. Dalam berdoa perlu usaha.

Usaha dan terus usaha ...mohon dengan ALLAH dilorongkan jalan yang benar, jalan kejayaan dan jalan kemenangan.


No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...