Betulkah Leader MLM Kerjanya Goyang Kaki?



Awak bila dah dapat jadi leader sampai income 2 juta, awak dah takyah buat pape kan..goyang kaki je pun duit masuk..


ooo.... camtu ker?


Kalau ada yang pernah diajak join bisnes (terutama MLM) dengan kata-kata di atas, anda lebih baik berhati-hati lebih sikit.


1. Mungkin bisnes yang anda nak ceburi tu tak patuh syariah, dgn kata lain menindas orang.
atau

2. Orang yang cakap macam tu pada anda tak tahu pun apa yang dia cakap.Di dalam apa2 bisnes, terutama MLM, tidak ada masanya untuk kita relaks kutip hasil je.

Ya, kita mungkin lebih relaks daripada masa kita mula2 bina bisnes. Relaks tu bukan sebab apa, sebab kita dah mahir dan dah boleh buat apa yang kita buat sambil pejam mata je.

Macam kita mula2 belajar masak dulu, atau belajar bawa kereta... Ingat tak masa first time potong bawang, first time pegang stereng? Terketar2 toksah cakap. Mata tu sampai tak tahu nak tengok tang mana.

Tapi bila kita dah mahir memasak dan memandu, campak-campak pun sedap. Sebelah tangan pun boleh.

Tapi, adalah kita boleh main campak, atau main drive je? Tak juga kan? Kita tetap kena WATCH OUT.

Begitulah bisnes.
Tidak ada istilah relaks2.


Bila kita rasa "Dah berjaya aku dah boleh relaks" dalam tak sedar sebenarnya kita sedang MENGGALI KUBUR BISNES KITA!

Bisnes ni sentiasa berevelusi. Produk baru, teknologi baru, pasaran baru, sentiasa berputar-putar. Bila kita rasa nak relaks kutip hasil, ye kita mungkin boleh kutip hasil yang kita dah dapat sebelum ni.. tapi untuk akan datang... Kita kutip batu-batu nak buat nisan untuk bisnes kita sendiri.


Jangan pernah rasa nak rileks-rileks saja.
Orang bisnes tak pernah rileks tapi sentiasa berfikir dan berusaha membawa bisnesnya ke tahap yang seterusnya.




Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...