Blog Archive

April 9, 2016

Cara Penyembuhan Penyakit Vertigo Yang Boleh Dicuba Dengan Segera

Pening dan sakit kepala memang tak sama. Bila sakit kepala, kita akan rasa berdenyut-denyut dan agak menyengat sama ada sebelah di bahagian tertentu atau semua bahagian kepala. Tetapi, pening kepala akan menyebabkan seseorang tu rasa tak stabil, berpusing-pusing walaupun keadaan sebenar tidak begitu dan seakan-akan sukar untuk membuka mata.


Sesekali rasa pening mungkin kerana perut kosong atau masalah tekanan darah rendah. Tetapi sekiranya apa yang kita alami adalah rasa pening yang luar biasa dan rasa seolah-olah keadaan sedang berputar selama beberapa minit dan ada yang mengalami sehingga berhari-hari, dapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan adakah kita sedang mengalami penyakit Vertigo?



Mak attiey selalu mengadu masa kami kecil dulu yang mak selalu pening dan banyak juga masa tu attiey lihat mak hanya mampu baring dan terpaksa memejamkan mata. Kata mak, bila buka mata rasa bumbung rumah berpusing-pusing macam gasing.


Secara umumnya, kita tahu bahawa keseimbangan badan kita ni dikawal oleh otak. Apabila 
otak menerima maklumat, ia akan diproses dan seterusnya menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan. 


Jadi, boleh kita faham bahawa sistem keseimbangan badan kita ni tertumpu di sekitar mata serta kedua-dua belah telinga.


Bagaimana kalau berlakunya gangguan dalam telinga yang disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga? Dari situ, akan terjadinya penyakit vertigo. Jangan ambil mudah tau sebab ia boleh menyebabkan pekak dan tak boleh berfiri dengan betul kerana kita dah hilang keseimbangan.


Susah tu. Macam mana kita nak buat kerja kalau dah nak berdiri pun rasa susah ye? Kalau dah sampai peringkat ni, attiey harap sangat jumpa doktor dengan segera.


Vertigo ada 5  jenis semuanyaMeh tengok kalau ada tu duk kategori mana satu.
  • Vertigo Acularis - rasa berpusing akibat gangguan saraf di sekitar organ mata
  • Vertigo Nocturna - rasa seperti nak terjatuh semasa hendak tidur
  • Vertigo Laryngea - rasa berpusing-pusing akibat serangan batuk
  • Vertigo Epileptica - keadaan berpusing setelah seseorang mengalami sawan
  • Vertigo Positional - serangan tiba-tiba yang menyerang kurang daripada satu minit. Ia dicetuskan oleh perubahan posisi kepala ketika berpaling, berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur


Rasa-rasa ada termasuk dalam kategori kat atas tak? Kalau masih keliru, meh attiey ceritakan sikit  tanda-tanda diserang Vertigo ni.


Yang paling utama, kita akan rasa diri seperti berpusing-pusing atau persekitaran yang berpusing. Rasa je sebab keadaan sebenarnya bukan macam tu. Lepas tu bila orang lain lihat mata kita, dia akan perasan yang gerakan mata kita jadi tak normal. Gerakan mata yang tak normal ni petunjuk bahawa fungsi bahagiandalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.


Sesetengahnya merasakan tubuh seperti berdebar-debar, telinganya berdengung dan pandangan menjadi kabur. Ia akan membawa kepada rasa mual tekak dan hendak muntah.


Kita boleh kenali tubuh kita apabila dalam keadaan rehat pun, badan kita ni berpeluh-peluh dan nadi berdenyut dengan cepat. Jika diminta untuk berjalan, kita memang tak dapat berjalan dengan lurus kerana sukar untuk nak seimbangkan badan. Dalam sesuatu keadaan, telinga kita sukar nak menangkap butiran percakapan dari orang lain seolah-olah hilang pendengaran.


Faktor Pencetus/ Penyebab Vertigo

Attiey dah bagitahu kat atas yang secara umumnya, serangan vertigo ni disebabkan oleh gangguan sistem peredaran darah dan keadaan tubuh yang tak mampu jaga keseimbangannya.


Tetapi, ia juga boleh wujud kerana pengaruh di bawah ni

- Pola pemakanan yang tak sihat yang mana tinggi kolestrol, gula atau lemak serta tabiat merokok.

- Mengalami migrain akibat perubahan tekanan darah iaitu hipertensi yang berpunca dari kurang tidur dan pengambilan alkohol secara berlebihan.

- Berlakunya gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah ke otak. Ini menyebabkan Oksigen tak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Keadaan ni seterusnya akan menyebabkan sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.

- Terjadinya radang pada jangkitan telinga oleh bakteria yang menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Kesannya ada berlaku kesukaran penyeimbangan.

- Gangguan saraf sekitar mata juga menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.

- Mabuk darat atau laut menjadi punca apabila pergerakan persekitaran mengganggu keseimbangan tubuh.

- Gangguan neurologis  yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf dan ini perlu dirujuk kepada doktor untuk disahkan. 


Bagaimana Nak Menghadapi Serangan Vertigo?

Attiey sarankan perkara yang paling utama adalah untuk bertenang, baring dan dapatkan rehat yang diperlukan. Sebaiknya pejamkan mata dan cuba tarik nafas dalam-dalam perlahan-lahan. Jangan panik kerana ia hanya akan membuatkan kita berdebar dan degupan jantung menjadi laju.


Sekiranya keadaan mengizinkan untuk kita buka mata, dapatkan bantuan dari orang yang berada hampir dengan kita. Rasa mual mungkin akan hadir.


Cuba kurangkan atau elakkan daripada melakukan pergerakan atau aktiviti secara tiba-tiba. Sebaliknya, jika kita sedang duduk dan ingin berdiri maka bangunlah secara perlahan-lahan.


Bukalah mata dengan perlahan-lahan dan dalam gerakan kepala yang sama. Namun, jika keadaan masih tidak berubah, teruskan pejam mata dan minta bantuan kecemasan. Sekiranya pada waktu itu kita berada di tempat yang berisiko, minta pindahkan ke tempat yang lebih selamat buat sementara waktu.


Ada tak cara bagaimana nak cegah vertigo ni dari berulang?


"En. suami pernah diserang VERTIGO...Berpunca dari RESDUNG TERUK sehingga merosakkan saraf pendengaran. Nyaris pekak ok.

Time tu lebih sebulan TAK BOLEH BANGUN langsung. Terbaring je kat rumsh..lepas dapatkan rawatan doktor ambil masa yang agak lama juga laa untuk recover. nak dijadikan cerita..tahun lepas dia DISERANG SEKALI LAGI..oh no..!! Time tu dah cuak dah..sebab doc cakap kalau kena lagi anytime boleh JEJASKAN sistem pendengarannya atau dengan kata lebih halus, PEKAK..!! Seram ok.

Time tu dah jatuh cinta dengan SHAKLEE..saya paksa dia konsisten ambil Vivix pagi satu sudu malam satu sudu. Alhamdulillah dengan izin Allah dia pulih SEPENUHNYA tak sampai seminggu. Syukur sangat2..so, bagi mereka yang ada masalah RESDUNG jangan ambil mudah"



Cubalah dari awal dan kalau boleh jangan tunggu perkara dah lewat baru nak try ye. Cepat bertindah, InshaaAllah cepat sembuh. Aamin.

Hubungi attiey untuk pesanan ye. COD/ Self pick up untuk area sekitar Padang Jawa, Alam Avenue, Shah Alam  atau pos ke seluruh Malaysia, Sabah dan Serawak.
Free Consultation istimewa untuk customer Attiey…terima kasih!
Attiey Call/Whatsapps/Sms; 0139218084

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...