Blog Archive

January 15, 2016

Boleh Ke Ayah Jaga Anak?


Assalamualaikum

Anak lari, memanjat, menolak, tarik itu dan ini boleh buat ibu bapa naik angin. Tapi mungkin bagi ibu, lain tidakan dan ayah pula lain juga kaedahnya. Namun, pernah tak terdetik dalam hati kita sebagai ibu ni rasa ragu-ragu untuk melepaskan anak dengan si ayah buat seketika atau mungkin beberapa jam / hari?

Usah risau dan gundah gulana duhai mama sekalian. Percayalah kepada pasangan kita. Berilah peluang kepadanya membuktikan bahawa dia mampu menguruskan si manja kesayangan. Lagipun,  anak tersebut zuriat anda berdua, masakan suami hendak membiarkan si kecil tanpa penjagaan. Hakikatnya semua bapa seharusnya mempersiapkan diri menggalas tanggungjawab mengasuh anak sejak mengetahui isteri berbadan dua lagi.

Persiapkan diri dengan ilmu keibubapaan yang punya 1001 macam cabang dan dugaan. Bukan sukar untuk belajar tetapi tidak mudah juga untuk merealisasikannya. Namun bak kata pepatah, hendak seribu daya tak nak seribu dalih.

Mungkin pada permulaannya agak kekok tapi jika ada kemahuan, pasti ada jalan.

Pembelajaran menjadi ayah adalah satu proses tanpa henti. Mungkin juga di dalam hati seorang papa akan terdetik kata-kata “macam mana ya nak uruskan keadaan anak bila isteri tiada di sisi. Pasti sukar. Macam-macam nak kena buat dan belajar.”

Namun itu bukan sesuatu yang mustahil kerana seorang ayah juga boleh  berfikiran positif menganggap cabaran itu amat bagus membantu diri menjadi ayah yang lebih bertanggungjawab. Jika suami belum yakin, kita sebagai isteri perlu untuk terus menyokong dan berbincang. Jangan cepat ingin mengambil kata putus yang boleh berakhir dengan pertengkaran tau.

Sudah banyak cerita tentang kehebatan si bapa menguruskan anak-anak sendirian sama ada kerana sudah kematian isteri atau tinggal berjauhan atas urusan pekerjaan atau melanjutkan pelajaran.


Mungkin panduan berikut sedikit sebanyak dapat dijadikan ‘alat bantu’ dalam usaha menjaga anak tanpa isteri di sisi atas urusan kerja.


a. Ketahui tabiat /perangai anak

Papa patut mengambil tahu tabiat atau perangai anak. Fahami karektor mereka dengan memerhatikan apa yang mereka gemar lakukan. Papa kena peka dengan keadaan sekeliling rumah dan keadaan sekitar kawasan anak bermain.. Misalnya jika anak bawah usia setahun yang baru pandai memanjat, merangkak atau suka bermain sewaktu kita memandikannya. Jadi, papa kenalah lebih peka dan berhati-hati semasa mengawasi mereka agar keselamatan anak terjamin.


b. Ambil tahu kesukaan anak

Anak-anak yang masih belum pandai bertutur pasti sukar difahami apa kehendak mereka. Biasanya ibu yang lebih faham apa yang diinginkan si anak tatkala mereka merengek. Oleh itu sentiasa ambil tahu apa yang menjadi kesukaannya bagi memudahkan proses memujuk atau meredakan anak semasa dia merengek atau menangis.

Misalnya ada anak yang akan berhenti menangis apabila dipujuk melihat buku bergambar sambil kita bercerita dengannya dan sebagainya lagi kesukaan mereka. Dengan kata lain tidaklah papa menggelabah bila anak menangis tanpa sebab.

Tapi kalau anak anda menangis atas sebab lain seperti sakit perut, membuang najis ataupun tidak sihat mungkin kaedah pujukan tersebut tidak sesuai kerana biasanya ia tidak berkesan.


c. Tahu masa makan dan tidur

Anak-anak keci mempunyai masa makan dan tidur yang tetap setiap hari. Jika tidak mereka akan meragam dan menangis tanda tidak selesa. Maka papa perlulah belajar daripada isteri tentang hal ini. Ia kelihatan remeh dan kurang penting namun tidak apabila anda menjaga anak yang masih belum boleh bertutur kerana mereka tidak boleh memberitahu rasa lapar atau mengantuk. Ketika usia ini tangisan adalah cara si anak berkomunikasi dengan papa dan mama. Jangan pula bila anak menangis papa sibuk buat kerja lain dan suruh anak main dengan alat permainannya sahaja.


d. Ambil berat tahap kesihatan anak

Jika anak tidak sihat kerana demam, batuk dan selesema, maka cabaran menjaga mereka menjadi lebih berat. Tentu sahaja ketika ini mereka rasa tidak selesa dan asyik merengek tidak kira masa terutama semasa hendak tidur bahkan si manja juga tidak selera makan dan minum susu. Jangan panik.

Sekiranya anak kelihatan kurang ceria seperti biasa dan asyik merengek sahaja, periksa suhu badannya sama ada dia demam atau tidak. Oleh itu pastikan termometer mesti ada di rumah. Kalau suhu tinggi, bawa ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan fikir dia seperti kita yang punya ketahanan badan terhadap demam selesema biasa. Tubuh badan anak dan tubuh badan kita orang dewasa sangat lain tahap ketahanannya. Jangan biarkan anak anda sakit terlalu lama kerana mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti sawan dan jangkitan kuman pada otak jika suhu badan terlalu tinggi.

Mungkin setiap papa punya cara tersendiri mengendalikan anak masing-masing. Walau apa pun kaedah tersebut pastikan sebagai papa anda sentiasa peka dan bertanggungjawab menjaga anak agar dia selesa dan selamat biarpun mama tiada di sisi.
Sedikit nasihat juga buat bapa yang gemarkan gajet atau berurusan melalui telefon pintar. Jangan terlalu leka dengan gajet anda sehingga terlalai untuk memerhatikan anak-anak. Pastikan juga anak-anak diberikan sesuatu aktiviti yang boleh menarik minat mereka jika bapa perlu menyelesaikan urusan melalui talian.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...