Apa Ayah Nak Buat Jika Anak Demam?


Kanak-kanak di bawah umur lima tahun kerap demam kerana daya tahan melawan penyakit mereka masih rendah. Jadi, apakah yang boleh anda sebagai papa lakukan untuk membantu anak yang demam?

Suhu badan kanak-kanak boleh meningkat dan menurun dengan begitu cepat. Lazimnya, suhu badan normal bagi kanak-kanak adalah antara 37°C.

Tanda-tanda demam yang perlu diketahui oleh papa ialah :

Anak mengadu tidak sihat.

•Anak kelihatan pucat dan berasa sejuk.

•Tubuhnya kelihatan menggeletar.

•Kulit anak kelihatan kemerah-merahan.

•Dahi dan lehernya terasa panas.


Jika suhu anak meningkat melebihi 38°C, anda boleh memberi dia ubat parasetamol dalam bentuk cecair mengikut dos yang telah ditetapkan oleh doktor. Selain itu, anda juga perlu pastikan suhu bilik tidak terlalu panas atau sejuk. Tanggalkan pakaian anak dan beri dia minum banyak air untuk menggantikan cecair badan yang hilang. Sejukkan badan anak dengan menggunakan tuala basah.

Untuk pengetahuan anda, apabila suhu badan anak meningkat lebih tinggi dia berpotensi untuk mengalami kekejangan. Kekejangan boleh menyebabkan anak tidak sedarkan diri dan menggigil tanpa kawalan. Jika hal ini berlaku, letakkan anak di atas lantai dan sentiasalah berada di sisinya. Lap seluruh badannya terutamanya pada bahagian kepala.

Selain mengalami kekejangan, ada juga kanak-kanak yang akan meracau-racau jika suhu badannya terlalu tinggi. Anda boleh melihat anak seolah-olah rasa takut, gelisah dan berkhayal. Sekiranya anak anda seperti ini, jangan risau. Berikan dia ubat dan biarkan dia tidur. Anak anda akan kembali seperti sedia kala selepas bangun kelak.


Lakukan sendiri

Jika anda mahu memeriksa sendiri suhu badan anak, gunakanlah termometer. Di pasaran kini, ada banyak jenis termometer. Antara yang ada ialah termometer raksa, termometer digital dan jalur penunjuk suhu. Setelah mengetahui yang anak anda demam, segeralah berikan dia ubat. 

Ada 4 cara untuk memberi anak makan ubat.


1. Menggunakan Sudu
Papa perlu berhati-hati jika memberi anak makan ubat dengan menggunakan sudu. Jangan terlebih dos.

2. Menggunakan Alat Penitis
Memberi anak ubat menggunakan alat penitis lebih mudah kerana tidak tumpah. Anda hanya perlu menyukat ubat mengikut dos yang betul dan masukkan ke dalam mulut anak. Picit hujungnya untuk mengeluarkan ubat tersebut.

3. Menggunakan Picagari Khas
Masukkan hujung picagari ke dalam botol ubat dan sedut ubat mengikut dos yang ditetapkan. Kemudian, masukkan pula hujung picagari itu ke dalam mulut anak dan tekan tombol picagari untuk mengeluarkan ubat.

4. Menggunakan Hujung Jari
Sekiranya cara-cara yang telah disebutkan tadi masih kurang berkesan, gunakanlah jari anda. Bersihkan jari anda terlebih dahulu dan celup ke dalam bekas yang mengandungi ubat mengikut dos yang telah ditetapkan. Biarkan anak menjilat jari anda. Ulangi cara ini sehingga ubat habis.

5. Memberi Anak Sakit Makan
Anak yang demam akan hilang selera makannya. Jangan risau. Berikan anak minum banyak air. Anda juga digalakkan memberi anak makan bubur yang mengandungi pelbagai makanan yang berkhasiat seperti ayam, ikan dan sayur.


Adib baru sahaja kebah dari demam panas dan masa tu  kitorang di kampung. Ubat demam pun lupa nak ambik masa kemas barang. Masa tu dah malam dah. nak keluar p klinik pun klinik dah tutup.

Apa yang attiey buat adalah attiey lumurkan satu badan Adib dengan Herbal Blend Multi Purposed Cream Shaklee ni.


Kenapa lumur cream ni?

Kerana Herbal Blend ni mengandungi rosemary & sage yg mmg digunakan secara tradisional utk meredakan simptom demam. Hebat kan?

Dari panas dia dalam 39C tu terus turun dan sejuk balik. Nanti kalau badan dedar camtu, kena ulang lagi. Bila sapu kat badan, rasa sejuk dan tak melekit pun. Attiey pun tak risau sebab cream ni bukan racun. Memang selamat untuk sapu kat badan baby.

Yang terbaru, Adib demam hingga cecah 39.++ Celcius. Oleh sebab Adib tak suka taruk kain kat kepala dia, attiey sapu cream ni jugaklah. Bila dah sihat semalam pun Adib duk hulur-hulur lagi tangan minta disapu cream. Comel pulak.

Oh, ye! Herbal Blend ni dijamin "Paraben Free".

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...