Blog Archive

December 3, 2015

3 Punca Ibu Hamil Overdue dan Ketahui Apa Yang Akan Terjadi Sekiranya Ia Berlaku

Assalamualaikum


Kadangkala dah jadi kebiasaan bagi sesetengah ibu berdepan dengan situasi overdue malah mengalaminya pada setiap kehamilan dan kelahiran.

Overdue atau bahasa ringkasnya terlebih tarikh jangkaan bersalin mungkin berlaku kepada sesiapa sahaja yang bakal bergelar ibu.

Attiey pun risau juga dalam tempoh kehamilan dulu. Mana tahu tiba-tiba baby best lagi duk dalam kan. Tapi, Alhamdulillah sebab belum mengalaminya. Yelah, ada juga kawan attiey yang jadi resah bila overdue ni. Nak p keja ke tak. Kang tiba-tiba sakit perut kat ofis ke apa kan. Tapi, ada juga yang ambil langkah selamat untuk terus mohon cuti seminggu awal dari due date.

Sebenarnya apa sebab seseorang bakal ibu itu bersalin lebih daripada tarikh yang dijangkakan oleh doktor? 

Antara faktor yang menyebabkan seseorang itu overdue adalah:


*Sejarah keluarga
Sesetengah wanita mempunyai genetik untuk melalui kehamilan panjang. Jika ibu dan nenek anda pernah overdue, lebih daripada dua minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diindius bagi membolehkan anda memulakan proses kelahiran.

*Saiz kepala
Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbanding saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh anda tidak menghasilkan hormon oksitosin yang dapat memulakan kelahiran.

*Tiada kontraksi
Ada kalanya kehamilan anda boleh melebihi tarikh jangkaan apabila rahim tidak mengecut seperti yang sepatutnya. Oleh kerana itulah, proses kelahiran tidak dapat dimulakan.


Biasanya apabila overdue, ibu perlu menjalani proses indius.
Apakah indius?

Indius dilakukan kerana kebanyakan doktor bimbang dengan risiko kematian bayi yang tidak dijangka ketika dia masih berada dalam kandungan. Walau bagaimanapun kadarnya sangat kecil. Atas sebab inilah doktor mengambil keputusan indius kebanyakan wanita yang terlebih hari bersalin bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk.

Indius ni sakit tak? Hurm.... Nanti kita sambung lagi ok.  InshaaAllah.

Apapun, memang semua ibu hamil adalah digalakkan untuk banyak berdoa memohon agar dipermudahkan urusan semasa hendak bersalin dan semoga semuanya selamat. Attiey doakan anda yang sedang hamil atau mungkin bakal hamil (aamiin) menikmati moment kehamilan anda dengan bahagia.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...