Panduan Menyediakan Hidangan Anak-anak Sempena Cuti Sekolah

Assalamualaikum

Cuti sekolah hampir tiba. Dah buat perancangan untuk anak-anak? Attiey pun tengah susun jadual ni. Apa yang perlu kakak buat setiap hari nanti. Kalau asyik main benda sama je mesti boring kan. Budak-budak katakan.

Itu bab bermain dan aktiviti fizikal. Macam mana dengan hidangan setiap hari pula? Seimbang ke tak? Jangan asyik telur goreng je. hehe.


Attiey nak kongsikan panduan mudah untuk para mommies di luar sana memastikan menu yang dihidangkan untuk anak-anak setiap hari adalah berkhasiat dan seimbang.



1. Jom rancang dulu menu untuk keluarga kita bagi tempoh seminggu. Tengok balik sama ada sesuai atau tidak, seimbang atau sebaliknya.

2. Untuk menjimatkan masa dan memastikan apa yang kita dah plan tu dilaksanakan, beli bahan mentah pada hujung minggu. Pastikan simpan bahan tersebut dengan kaedah yang betul untuk mengekalkan kesegarannya.

3. Cuba jadi kreatif atau rujuklah buku mahupun internet untuk mencari idea dan info tentang menu masakan yang berkhasiat untuk anak-anak. Silap hari bulan, suami pun suka.

4. Bagi mommies yang bekerja di luar, kongsi resipi dengan kawan-kawan sekerja untuk mempelbagaikan juadah. Tak lupa kepada suri rumah, layari media sosial untuk mencari idea-idea menarik.

5. Prihatin dengan kesihatan anak-anak dengan memahami keperluan kalori dan zat-zat makanan mereka mengikut usia. Jangan biarkan anak-anak enak dibuai makanan proses dan segera. Seeloknya, cuba usahakan dari sumber-sumber yang segar dan kita yakini selamat serta menyihatkan.


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...