Apa Perkara Yang Perlu Isteri Lakukan Selepas Alami Keguguran?

Assalamualaikum

Berat mata melihat, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang attiey fikirkan bila mendapat berita kawan yang baru sahaja keguguran dan perlu menjalani proses mencuci rahim.

Sakit tu apa yang dirasa pada masa tu tapi perasaan takut, gundah gulana pasti juga hadir dalam diri kawan attiey ni untuk menghadapi seterusnya.


Buat para isteri yang baru mengalami keguguran, ada beberapa tip untuk mengatasi perasaan takut tersebut.


1. Sibukkan diri anda dengan aktiviti seharian namun bukan aktiviti yang berat dan terlalu lasak. Dengan cara ini anda tiada masa untuk memikirkan perkara yang tak sepatutnya.

2. Fikir secara rasional dan fahami mengapa ia terjadi ke atas diri anda. Sekali-sekala pasti terfikir mengapa ia berlaku ke atas anda tapi perlu ingat bahawa ia adalah ketentuan tuhan dan Dia tahu yang terbaik untuk kita. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat dari doktor atau baca buku-buku berkaitan. Setidak-tidaknya kita akan lebih bersedia dan mampu cuba mengelak perkara yang sama selepas ini.

3. Lakukan senaman ringan untuk elakkan diri stress. Jika anda disahkan hamil lagi, elakkan terlalu memikirkan kejadian lepas sebaliknya cuba fokus kepada bayi sekarang. Tak salah untuk bercakap-cakap denganbayi dalam kandungan. Lagipun, attiey juga amalkan masa hamil dulu. Baik untuk jalinan hubungan antara ibu dan anak.

4. Ajaklah suami untuk mendengar luahan hati sekali-sekala. Suami biasanya akan menganggap isteri dalam keadaan ok sekiranya kita tidak bercerita. Jadi, kongsi perasaan sedih, takut dan risau bersama suami untuk lebih tenang.

5. Dapatkan nasihat doktor secara kerap supaya kita boleh membuat pemerhatian sama ada kandungan seterusnya dalam keadaan normal atau sebaliknya.

6. Banyak kumpulan-kumpulan sokongan yang bersedia untuk menghulurkan bantuan sama ada melalui alam maya atau secara profesional. Berhubunglah dengan mereka dan kongsilah apa yang pernah anda alami.

Pastikan anda tidak berseorangan apabila menghadapi keguguran kerana ia sememangnya melibatkan emosi. Sokongan dari suami amat diperlukan dan  jangan putus asa untuk berusaha lagi. Jika anda dikurniakan peluang kedua, jangan terlalu bimbang akan mengahadapi perkara yang sama kerana tekanan akan mempengaruhi kehamilan kita.

Bagi wanita yang mengalami keguguran,
  • amalkan makanan segar dan elakkan makanan yang diproses
  • elakkan makanan yang bersifat tajam dan sejuk
  • amalkan zikir ini- Al Musowwir. Amalkan secara konsisten dan berdoa bersungguh-sungguh.
  • amalkan makanan tambahan yang mampu menguatkan otot rahim dan meningkatkan kesuburan.

Untuk makanan tambahan, mungkin boleh cuba Set Keguguran Shaklee yang berikut;


Zinc
Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.


ESP
*Membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman.
*Mencantikkan kulit. Memejalkan otot.
*Membantu dalam penurunan berat badan.
*Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.



Vitamin C 
Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.

Vita-Lea
Fungsi Vita-Lea 
* Membantu badan mendapatkan zat besi bagi penghasilan darah merah
* Mengelakkan ibu letih dan lesu kerana kehilangan darah.
* Membantu badan mendapatkan multivitamin dengan zat besi sangat perlu demi memastikan tubuh mendapat semua vitamin yang diperlukan yang adakala tidak dapat diperolehi dari pengambilan makanan harian kita.


Vitamin E
Fungsi Vitamin E :
* Menghalang Keguguran
* Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush
* Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran




Semoga info ni bermanfaat.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...