6 Cara Cepatkan Proses Kelahiran Yang Ramai Ibu Hamil Nak Tahu

Assalamualaikum

Seingat attiey dulu masa pregnant kan Raisha, ramai yang bagi macam-macam tip dan petua untuk attiey amalkan supaya dapat bersalin dengan mudah termasuklah ada yang cerita minum minyak masak. Hehe.

Mungkin ada yang percaya dan dan tak kurang juga sangsi sama ada nak ikut atau tak. Mana yang sesuai dan tak memudaratkan, apa salahnya mencuba kan?




Antara cara-caranya ialah;

1. Banyakkan Zikir dan Selawat
Sebagai seorang muslim, sememangnya kita disarankan untuk sentiasa mengucapkan ucapan yang baik-baik dan berselawat ke atas Nabi. Boleh juga kita amalkan untuk sentiasa berselawat dan berzikir ketika hamil ni. Selain mendekatkan diri kepada Nya, kita juga akan sentiasa mendapat ketenangan yang luar biasa. Ketenangan itulah yang menjadi kunci kesihatan dan seterusnya mempengaruhi proses bersalin. Attiey juga lazimi Ya Fattah dan istighfar.

2. Amalkan Doa
Doa yang sangat istimewa bagi attiey ialah al-Fatihah kerana dalam ayat tu kita diminta untuk memohon pertolongan dari Allah SWT. Selain tu, boleh juga amalkan Doa Nabi Nuh, Surah Maryam dan haruslah fahami hikmah ayat-ayat tersebut. Jika tidak fasih, berdoa sahajalah dalam bahasa kita. Yang penting kita faham dan setulus hati bermohon padaNya.

3. Berjalan Kaki
Attiey percaya bila ibu hamil aktif bergerak, ianya bagus untuk bayi mudah turun ke saluran peranakan. Antaranya berjalan kaki dan melakukan kerja rumah yang ringan-ringan. Ingat lagi masa hamil 8 bulan , attiey pusing satu Zoo Negara berjalan kaki. Memang rasa macam tak logik tapi itulah realitinya.Hehe. Alhamdulillah, attiey tak overdue. terawal pun tak jugak. Sedang elok saja.

4. Manfaatkan Air Selusuh
Pernah terbaca persoalan dari seorang doktor kesihatan tentang kemujaraban air selusuh yang membuatkan doktor ni hairan. Walhal air selusuh cuma air biasa yang dibacakan beberapa ayat-ayat al-Quran yang tertentu sahaja namun mampu memberikan fungsi kontraksi. Sejujurnya, attiey belum pernah cuba cara  ni cuma apa yang attiey amalkan ialah air zamzam dan kurma ajwa pada usia kandungan 9 bulan.

5. Induce
Kaedah induce juga adalah antara cara untuk mempercepatkan sesuatu proses kelahiran. Biasanya ia akan dilakukan hanya pada situasi tertentu sahaja. Kadangkala keputusan sebegini hanya perlu dibuat apabila doktor khuatir bayi dalam kandungan boleh jadi lemas sehingga boleh mengancam nyawa.

6. Kerap "bersama" suami
Attiey kurang pasti kesahihannya namun telah menemui beberapa ibu hamil yang menyokong cara ini. katanya doktor pernah menyarankan agar kerap "bersama" suami pada akhir trimester kehamilan kerana sperma akan menjadi pelincir terbaik untuk bayi keluar dengan lebih cepat.

Ada lagi beberapa cara dan kaedah yang pernah attiey dengar tetapi apa juapun caranya, pastikan ia selmat dan tidak menjejaskan ibu serta bayi dalam kandungan ok. Attiey doakan semoga semuanya selamat. aamiin.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...