Blog Archive

September 1, 2015

Tip Memilih Hospital Bersalin Yang Bakal Ibu dan Bapa Patut Ambil Tahu


Assalamualaikum

Tak ada detik yang paling membahagiakan apabila disahkan hamil lebih-lebih lagi bagi pasangan yang telah lama menunggu untuk menimang cahaya mata.

Perkara pertama yang patut kita lakukan adalah mestilah bersyukur dan berazam untuk menjaga kandungan sebaik mungkin.

Bagi sesetengah tempat, ada klinik desa atau hospital yang menyarankan agar daftarkan kehamilan dan buka buku pink seawal 2 bulan. Tapi ada juga sesetengah klinik yang lebih selesa untuk menerima pendaftaran sebaik sahaja kehamilan mencapai usia 5 bulan. Apapun, cari info danfollow rule di tempat masing-masing.

Kenapa saya sentuh tentang buku pink ni? Kerana ia berkait rapat dengan keputusan akhir nanti iaitu hospital mana yang akan kita pilih untuk bersalin.

Sekiranya anda memang target untuk bersalin di hospital di bawah  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mungkin anda sudah tahu lokasinya. Apa yang perlu cuma fikirkan cara untuk kesana jika waktu untuk bersalin telah tiba nanti.

Bagi yang memilih untuk melahirkan di Pusat Bersalin atau Hospital Swasta, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira.

- Lokasi.
Pastikan hospital/ tempat bersalin tersebut mempunyai jarak yang agak dekat dengan rumah anda dan yang paling baik cepat sampai. Masa melahirkan Adib dulu, Attiey pilih KPJ Shah Alam dan jarak dengan Seksyen 17 tidaklah terlalu jauh. Tapi, of course lah suami yang drive walaupun dekat. Hihi.

- Doktor 
Istimewanya hospital swasta adalah kita boleh memilih doktor mana yang akan menyambut kelahirab bayi kita nanti. Sama ada doktor A, B atau C. Jika anda telah memilih doktor A,maka setiap kali kunjungan bulanan untuk pemeriksaan, maka doktor A lah yang akan anda temui sehingga melahirkan.

-Suami
Pastikan hospital tersebut tidak menghalang suami untuk sama-sama berada di sisi di saat kelahiran sekiranya anda inginkan begitu. Kenapa? Kerana ada sesetengah hospital yang masih tidak membenarkan suami menemani isteri di bilik bersalin. Bagi pasangan yang mementingkan detik-detik begini dalam moment perkahwinan anda, masukkan point ni dalam senarai. Hehe.

- Wad 
Sebelum melahirkan Adib, kami bercadang untuk memilih wad yang menempatkan  3-4 orang pesakit dalam 1 wad/bilik rawatan. Tetapi, pada hari kelahiran, kami diberitahu bahawa untuk bilik sebegitu, suami tidak dibenarkan untuk berada di dalam pada waktu malam. Maksudnya, suami kena tidur kat luar di sofa. Huhu..So, kitorang tukar dan pilih untuk ke bilik rawatan seorang sebilik.

Bagi pasangan yang baru nak menerima orang baru, perkara sebegini mungkin akan membuat anda sedikit kabur tapi jangan panik. Tersukan mencari ilmu dan rancanglah dengan baik. Jangan terlalu stress di waktu bahagia sebegini dan hadapilah detik kelahiran dengan tenang.

Ops...sebelum terlupa.
Beazamlah untuk menyusukan bayi anda nanti ye. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar. 


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...