Blog Archive

September 7, 2015

Petua Untuk Pasangan Jarak Jauh


Assalamualaikum

Kehidupan semasa ketiadaan pasangan di sisi pasti akan buat kita rasa sunyi. Tak banyak, sikit mesti ada rasa camtu. Ketahui bagaimana kita nak lalui tempoh perpisahan dan dalam masa yang sama menghidupkan perasaan cinta walaupun berjauhan dengan pasangan.

Awal-awal kahwin dulu pun, Attiey dan encik suami ber-pjj atas sebab kerja dan keadaan. Selalunya punca utama kita semua ber-pjj adalah demi tugasan dan kerja.

Tahu tak, kadangkala situasi ni boleh membawa masalah dalam rumah tangga jika tak dapat handle dengan baik.

Rasa sunyi berseorangan, rindu dan memikirkan tentang pasangan serta keadaan yang berpanjangan boleh mendatangkan tekanan yang tidak sihat serta gangguan emosi kepada kita.

1. Peruntukkan sedikit masa untuk berkomunikasi
Sekarang ni macam-macam ada untuk kekal berhubung. Telefon, sms, whatsapp. wechat. telegram, facebook an macam-macam lagi. Luangkan sedikit masa untuk bertanya khabar dan ucapkan kata-kata yang menyenangkan pasangan. jangan bergaduh dalam tu pulak.

2.Sentiasa libatkan pasangan dalam urusan seharian kita
Macam mana nak tarik pasangan buat kerja kita pulak? Hurm, biasanya kalau part ni dulu Attiey banyak minta pendapat encik suami. Contoh kalau bab kereta ke, yang mana kita tahu lelaki lebih arif. Sekurang-kurangnya buat pasangan rasa dia turut serta dalam hal harian kita. Setidak-tidaknya pasangan kita tu boleh jadikannya sebagai topik untuk tanya khabar kita semula kan.

3.Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan
Tak dinafikan, kadangkala ada masa tertentu yang mana pasangan kita tidak dapat meluangkan masa di saat kita memerlukan. Jadi, teruskan bersangka baik dan keluar bersama keluarga serta teman baik. Sesekali, biarkan diri kita dikelilingi ahli keluarga dan sibuk bersam,a mereka. Jika kemana-mana, semestinya dengan pengetahuan pasangan kita. Elakkan ke tempat yang tidak disukai pasangan. 

4.Lakukan hobi baharu
Ini best. Cuba cari hobi baharu yang boleh buat kita sibuk kejap. Pergi gym ke, join aerobik ke, kelab amal atau apa sahaja yang boleh buat kita kekal positif. Boleh juga upgrade ke kelas masakan ke contohnya. Nanti boleh masak sedap-sedap kan. hehe.

5.Manjakan diri
Ni best.Kalau ada bajet lebih sikit, manjakan diri ke spa atau keluar makan kat luar daripada masak kat rumah. Macam Attiey, suka sangat p kedai buku. Takyah beli pun takpe..pusing kedai n telek-telek buku yang ada. Jamu mata dengan buku-buku best pun dah buat hati rasa tenang. Tu baru tengok..kalau beli, laaaagi rasa berbunga-bunga riang.

Apapun, penting untuk kekalkan hubungan dengan pasangan apabila kita berjauhan. Namun kita perlu berusaha untuk mantain positif dan cuba cari waktu untuk berdekatan juga. Cari jalan untuk tinggal bersama.

Bak kata sifu Attiey, boleh berjauhan dan pjj ni asalkan jangan sampai kita rasa SELESA dengan keadaan tu. Haaa...yang tu bahaya ok.
 
 FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:

  1. Zarith pun dulu banyak kali PJJ atie, sekarang pun sama, hehe.. tai syok sebab bila jumpa tu rasa berdebar-debar macam baru berchenta pulak.hehehe

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...