Blog Archive

September 5, 2015

Persediaan Akhir Sebelum Bersalin Supaya Tak Gabra dan Gelabah


Assalamualaikum

Setelah anda semak proses-prose yang membawa anda kepada kelahiran bayi, tibalah masanya untuk anda menyediakan diri dengan situasi sebenar. Attiey dulu pun nervous jugak sebab untuk anak sulung, kita tak tahu apa perkara yang akan terjadi kat kita kan. hanya dengar pengalaman orang je.

Berikut adalah senarai ayang anda boleh gunakan untuk menyediakan barang-barang yang perlu dibawa;

Dokumen-dokumen penting
-Pastikan anda membawa kad pengenalan dan buku antenatal dan siap masukkan dalam beg. jangan lupa untuk bawa dokumen lain yang berkaitan seperti GL dari company contohnya.

 Atur Arah Perjalanan Anda
-Pastikan anda tahu arah ke hospital yang anda rancang untuk melahirkan sewaktu kecemasan. Jangan panik.

Kemas Beberapa Helai Pakaian
-Bawa pakaian yang bersesuaian untuk anda dan bayi. Mungkin anda selesa dengan baju lengan panjang dan tudung bagi muslimah dan bagi yang beragama lain, carilah pakaian yang selesa berbanding fesyen semata-mata. Jangan lupa tanyakan suami jika mahu reserve kan skali beg pakaiannya juga. Hehe.

Ingat Barang-barang Kelengkapan Bilik Air Anda
-Ada kemungkinan anda akan berada di hospital untuk beberapa hari jadi pastikan beberapa kelengkapan bilik air anda seperti berus gigi, ubat gigi dan sabun turut berada dalam beg tu nanti. Selitkan juga tuala wanita yang akan anda gunakan nanti.

Bawa Makanan dan Minuman
-Anda mungkin lapar pada masa-masa yang tidak menentu. Sediakan biskut dan roti serta sebotol air minuman. Tak perlu banyak. Ok?

Bawa Wang Tunai Tapi  Jangan Terlalu Banyak
 -Untuk apa? Manalah tahu kot-kot ada bayaran luar jangka. Sekurang-kurangnya tak perlu bimbang nak cari mesin ATM. Tapi  jangan banyak pulak.

Serahkan Semua Barang Kemas Anda Kepada Suami atau Ahli Keluarga
- Untuk sementara waktu, tanggalkan barang kemas dan minta suami atau ahli keluarga jagakan.

Apa yang paling penting, sentiasa pastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan baik dan minyaknya cukup untuk perjalanan ke hospital.

Semoga bermanfaat.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 (call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

1 comment:

  1. Semua ni memang penting. Part barang kemas tu, dulu masa bersalinkan Zuyyin 3 tahun lepas, tak tahu pun kena bukak barang kemas, nasib baik hubby teman dalam labour room, jadik dia la yang tolong simpankan ehhe

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...