Kenapa Ada Ibu Yang Sukar Untuk Meneruskan Penyusuan Secara Ekslusif?


Assalamualaikum

Gembira rasa bila ada yang baru menyambut kelahiran bayi baru. Tak kurang juga yang excited mengepam susu untuk bekal anak esok hari.

Tapi tahukah kita bahawa dalam kesedaran yang tinggi untuk memberikan susu ibu kepada bayi, ibu-ibu di sekeliling kita masih lagi dalam kesukaran untuk memastikan anak-anak mendapat susu ibu sepenuhnya sehingga berusia 6 bulan.

Hal ini berlaku sangat ketara ketika minggu pertama kelahiran bayi. Keadaan ibu yang kurang cergas dan kurang sihat sepenuhnya membataskan pergerakan terlebih lagi jika pembedahan. Namun ibu-ibu harus sentiasa positif dan membetulkan mind setting bahawa susu anda cukup untuk bayi. Secomel mana pun bayi kita, payudara kita tetap mampu untuk produce susu secukupnya. Ibu-ibu harus berazam kerana dengan azam yang tinggi barulah penyusuan susu ibu boleh berlaku dengan mudah.

Kaedah urutan boleh dilakukan kepada ibu dalam pantang untuk memperbanyakkan lagi pengeluaran. Semestinya kena minta pertolongan suami atau ibu, ibu mertua dan dimudahkan urusan carilah mereka yang mahir mengurut. Tentunya kaum wanita ok.

Di saat-saat tertentu, ibu-ibu juga mungkin akan berdepan dengan pandangan-pandangan ikhlas dari orang sekeliling macam Attiey dulu. Takut susu tak cukup, macam tak ada, bayi tak kenyang, bayi kecik dan bayi meragam sebab tak cukup susu. Memang kena kuat time tu sebab kita tak boleh nak halang orang untuk "care" pada kita. Tak kurang juga yang mendesak supaya dibelikan susu formula untuk top up susu badan yang kurang. Huhu...jangan  sedih ok.


Kalau bayi asyik meragam dan menangis macam lapar je sedangkan menyusu doploh kali, cuba tengok balik cara lekapan bayi pada aerola ibu. Salah lekap, susu ibu memang tak banyak yang keluar.

Penting untuk tahu bahawa saiz bukan masalah. Sama ada  payudara besar atau kecil, tetap tidak mempengaruhi jumlah pengeluaran susu ibu. Payudara kecil mampu untuk membekalkan susu yang cukup untuk anak kita sehingga 2 tahun dengan syarat adanya demand and supply. Apa yang perlu kosongkan breast untuk supply yang seterusnya.

Bila ibu mula bekerja, satu lagi babak cabaran akan bermula. Bagaimana untuk memastikan bekalan susu untuk si kecil sentiasa cukup. Selain tu, isi mengepam di waktu bekerja juga banayk menjadi rungutan. Ada majikan yang menyokong, alhamdulillah dan syukur. Bagaimana jika majikan pun tak suka? Katanya curi tulang hingga ibu terpaksa mengepam dalam tandas? Mudah-mudahan kesedaran majikan akan lebih meluas selepas ni.

Namun, bagi yang mampu dan situasi mengizinkan, boleh dapatkan pam yang memeudahkan kerja mengepam susu. Ada yang memilih pam yang ringan malah boleh dilakukan semasa berjalan. Wow, Attiey salute. Memang gigih tu. Pernah juga nampak seorang nujrse buat camtu.

Isu untuk cari baby sitter yang sanggup untuk handle EBM atau express breast milk atau perahan susu ibu yang dibekukan, disuamkan juga boleh buat kaum ibu menyusu pening kepala. Bukan senang dan memang Attiey akui bukan senang. Tak semua baby sitter yang sanggup dan kadangkala risau jugak kalau-kalau terlebih panas boleh rosakkan EBM pula. Huhu. Attiey pernah dengar jugak ada yang panaskan EBM ats dapur gas...Adoiyya!

EBM lagi. Tempoh masa ianya boleh bertahan pada suhu bilik perlu diberi perhatian seserius mungkin. Jangan tak tahu, kalau cuai boleh mendatangkan keracunan kepada si kecil.

Susu ibu tak cukup? Cair? Makin kering?
Ibu, jom usaha. Cer try longan kering. Ada juga yang berkesan dengan habbatus sauda. Tak kurang dengan durian tapi dos perlu jagalah. Cerry Berry baby kang. Huhu.

Attiey dulu konsisten dengan SET MENYUSU Shaklee. memang puas hati. Kalau sebelum tu Raisha selalu meragam sebab susu sikit, tapi lepas mula ambil Shaklee, nampak beza susu makin pekat dan badan rasa lebih bertenaga.

Dalam Set Menyusu tu ada;

  1. ESP
  2. Ostematrix
  3. Alfalfa Complex
  4. B-Complex 
  5. Sustained Release Vitamin C Plus
  6. Vita-Lea with Iron Formula


Susu badan makin banyak dan berat turun 7 kg
;

Dapat menyusu tanpa susu formula
;


Alami bengkak susu


Anak ketiga berhasil menyusu badan


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 (call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...