7 Tip Mengatasi Baby Blues Selepas Bersalin


Assalamualaikum

Sebenarnya, ramai lagi yang belum faham apa itu baby blues kecuali bagi yang pernah mengalami sendiri atau pernah terbaca mengenainya.

Baby blues ialah tekanan jiwa dan emosi yang dialami semasa dalam pantangh oleh sesetengah ibu yang baru melahirkan. Tekanan ini memang telah wujud sejak ibu hamil dan ia berterusan hingga melahirkan anak.

Attiey dulu selepas lahirkan Raisha memang risau jugak kalau-kalau terkena sebab masa tu Attiey ngan encik suami jarak jauh. Takut kalau-kalau tertekan sebab semua emosi kita serap sendiri.

Tapi ada beberapa tips yang kita boleh amalkan sebenarnya. Jom tengok.

1. Kurangkan perkara yang boleh menyebabkan gangguan perasaan. Jika kita tertekan dengan kerja-kerja rumah, usahakan seseorang untuk membantu kita.

2.Jangan pendam perasaan. Elok juga kalau nak menangis kerana selepas tu kita akan rasa lebih lega. Tak perlu malu untuk luahkan dan kongsi perasaan kita dengan seseorang.

3.Jelaskan kepada suami kita kenapa kita jadi emosional dan jelaskan juga kepadanya bahawa kita hanya ingin suami untuk memahami. Misalnya memeluk kita semasa kita menangis.

4.Ceriakan hari-hari berpantang kita dengan bercakap-cakap dengan kawan-kawan atau ahli keluarga atau minta nasihat tentang apa yang kita rasa.

5.Minta pertolongan jika kita memang perlukan pertolongan. Jangan digagahkan diri untuk buat semua benda kerana ia akan memburukkan diri kita juga.

6.Luangkan masa untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Minta seseorang untuk jaga bayi buat sementara waktu. Ini penting kerana kadangkala kita perlukan masa untuk bersihkan diri, rapikan tubuh dan berasa segar dengan tenang.

7.Dekatkan diri dengan Allah SWT jika anda seorang muslim. Yang ni Attiey rasa paling penting. Walaupun masa pantang tu kita tak boleh mengaji tapi kita masih boleh berzikir, selawat dan bertasbih kan. Ingat balik kelebihanyang dijanjikan kepada kita sebaik sahaja kita hamil hingga melahirkan. Percayalah, Allah sentiasa dekat dan melindungi hamba-hambaNya.


Namun begitu, baby blues yang serius dan semakin parah dinamakan postpartum depression. Bila terjadi hingga peringkat ini, keluarga yang terlibat haruslah mendapatkan bantuan profesional.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...