4 Punca Wang Tak Pernah Cukup


Hari Gaji, pakat berpusu-pusu kat mesin ATM dan setiap seorang keluarkan beratus-ratus, simpan dalam beg duit. Bayar itu, bayar ini,tak sampai dua minggu wang dalam beg dah surut. Kena keluarkan lagi.

Pernah jadi camtu atau memang setiap bulan pun camtu? Opss. Pening kepala kan.

Cuba usahakan untuk ingat ke mana duit kita tu dibelanjakan. dari sekecil-kecilnya seperti membeli gula-gula hinggalah bayaran pinjaman dan sewa rumah yang memang jadi rutin.

Adakalanya kuta jadi pening untuk memikirkan mana satu harus dipenuhi. Keperluan atau keinginan.

Jom kenali penyebabnya  

1. Kenaikan Harga Barang
Setiap tahun memang harga barang akan mengalami kenaikan. Tahun 2015 memang terasa sangat kerana faktor-faktor GST  pada awalnya dan ketidakstabilan ekonomi. Masalahnya, jika pendapatan kita masih tetap sama seperti dahulu atau kenaikannya hanya sedikit, sudah pasti wang tidak cukup.

2. Gaya Hidup di Luar Kemampuan
Ramai juga yang emnagamalkan gaya hidup di luar kemampuan . Ini membuatkan hati kita tidak tenang. Cuba ubah tabiat dan jangan terikut-ikut dengan trend semasa. Apa yang diikalan di televisyen tak semestinya  harus kita dapatkan semua. Jika kita jenis yang tak tahan godaan, elakkan keluar pada masa-masa tertentu.

3. Hutang Dengan Sistem Bunga
Tagihan hutang kad kredit yang dibayar pada jumlah minimum sahaja akan membuatkan anda tak habis-habis dengan hutang. lama-lama ia jadi bertimbun dan soal bunga memang akan turut menambah beban. Boleh jadi sampai satu tahap, kita memang tak mampu nak membayarnya. Bahaya!

4. Pengeluaran Yang Tidak Dirancang
Pada awal bulan, memang kita dah simpan sedikit untuk bekalan masa hadapan tetapi akhirnya mengeluarkannya atas beberapa faktor seperti beli hadiah untuk kawan, melancong, balik kampung, belanja rakan-rakan dan sebagainya. Jadi, nak atau tak akhirnya wang tu akan habis juga malah silap percaturan, terpakasa guna wang yang dah memang diagihkan untuk membeli keperluan wajib seperti barang dapur dan sebagainya.

Cuba semak, ada tak berlaku perkara di atas ni pada diri anda? Jika ada, mungkin anda harus mula memikirkan untuk;


  • Mulakan melabur
  • Buat bajet bulanan
  • Kawal jumlah hutang
  • Miliki dana cadangan
  • Lebih berdisiplin


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...