Blog Archive

August 28, 2015

Tip Supaya Ibu Memasak Sambil Enjoy Bersama Anak-anak Di Dapur


Dah hari Jumaat kita ye. Cepat masa berlalu. Macam juga dengan masa setiap hari yang kita lalui. Sekejap je dah pukul 9, 10, seterusnya tengahari dan tingggg! Masa untuk masak.

Tapi...selalu sahaja ibu-ibu hadapi masalah untuk masak ye?

Kenapa?

Anak gayut kat kaki?
Anak sepah periuk belanga?
Anak tarik tangan  ajak p tengok tv?

Hehe...samala macam saya.

Last, saya fikir takkan anak boleh jadi alasan untuk saya tak masak? Perut minta isi takkan nak makan roti. Kita bolehla makan roti tapi takkan nak bagi anak roti juga?

Tak boleh jadik la kan...Saya kena fikirkan cara untuk sy masak sambil enjoy di dapur. Ye, saya ada pasang safety gate sebelum masuk ke dapur tapi kdg2 saya buka je sebelum sesi menggoreng ikan ke ayam ke. Saya bagi je anak-anak masuk masa saya potong sayur ke bawang ke yang x melibatkan minyak tu.

Biarkan Chef Kecil Beraksi

Jom kita bagi peluang kepada anak-anak untuk sama-sama terlibat dalam menyediakan hidangan keluarga, dengan memberikan tugasan mudah seperti;
  •  Membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Mengambil bahan dari peti sejuk 
  • Memasukkan beras ke dalam periuk
  • Menambah rempah ratus atau bahan ke dalam hidangan (pastikan dengan kawalan kita)
  • Mengoyakkan sayuran seperti kobis atau bayam kepada helaian kecil
  • Mengacau atau mencampurkan beberapa bahan kering bersama
Senang kan?

Anak-anak pun pastinya akan lebih gembira kerana tak ditinggalkan dan kita pun takdelah nak stress je memanjang.

Selamat mencuba.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...