Cara Menggunakan Set Penjagaan Kulit Normal / Kering Enfuselle

Attiey rasa dalam banyak-banyak skin care, Set Skin Care Enfuselle Basic System Normal to Dry ni yang sangat berbaloi. Tak terlalu mahal tapi dia punye kesan setara dengan produk-produk yang mahal nun. Nak guna memang senang dan sangat jimat sebab boleh guna sikit je.

Bagi yang kulit dah cantik/normal atau pun agak-agak nak kering, set ni sesuai sangatlah. Tinggal nak bagi tona sekata dan lembap kan.. baru suami tak pandang yang lain. Hehe.


Jom pelajari cara-cara nak apply setiap satu dari set ni.



Hydrating Cleansing Lotion
Calitkan sikit je ke tapak tangan kita dan campur dengan air bersih. Lepas tu gosok sampai keluar buih dan ratakan ke wajah dengan lembut. Lepas dah rata elok tu, bilas sampai bersih.


Emulsi berkrim bertindak lembut untuk menanggalkan kotoran, bahan cemar dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semula jadi kulit.
  • Kaya dengan kandungan emolien serta penambahan Vitamin E agar kulit sentiasa halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik





Hydrating Toner


Lepas dah bilas wajah tadi, lap dengan dengan tuala bersih dengan cara menekap-nekap kain pada muka. Kemudian titiskan sedikit toner atas kapas muka dan sapu ke seluruh wajah kita termasuklah leher. Leher ni kena sapu jugak tau.

 Toner ni berfungsi untuk meneutralkan tindak balas yang boleh menjejaskan kulit.

Hydrating Toner membersihkan dan melegakan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semula jadi kulit, membersihkan dan melembutkan kulit dengan ekstrak witch hazel dan kamomil


Hydrating Moisturizer


Ambil sikit dengan jari kita dan ratakan ke kulit muka untuk menjadikan kulit muka sentiasa lembap. Takmau banyak sangat sampai bertompok-tompok tau.
Fungsi pelembap ini adalah untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit sehingga 24 jam. Lama tu dan ini menjimatkan. Betul tak?
Krimnya yang kaya dengan pelembap,tak ber minyak dan tak melekit ini bertindak pantas untuk menghidratkan kulit serta menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit.
  • Terbukti secara klinikal
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

 


Eye Treatment


Calit sikit di jari dari sapu rata di kawasan sekitar mata. Sapu dengan perlahan dan elakkan menggosok dengan kasar ye sebab kulit sekitar mata kita ni nipis je.

Tujuannya adalah untuk membantu menghilangkan garis-garis halus dan kedutan yang ketara di sekitar mata.
Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
  • lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir
Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh
Bila dah habis langkah-langkah di atas, boleh lah apply-kan compact powder yang anda gemari tu. Selamat mencuba ye.

Bagi yang berminat nak dapat Set Enfuselle Basic System Normal to Dry ni, boleh contact Attiey untuk dapatkan harga ye. Setiap pembelian set ini, ada berita menarik yang lain sedang  menunggu anda. Nak?


FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...