Blog Archive

July 5, 2015

Rezeki Ramadhan

Ingat dulu zaman kecik-kecik.. bila dengar je mak nak pergi kedai, punyalah melompat nak ngikut.. hihi.

So, hari ni punya cerita pun macam tu jugak.



Nampak umi pakai tudung, terus pegang kaki.
"Kakak nak ikut"

Alang alang memang nak cari baju kakak, angkut je lah sekali. Tu pun ada drama air mata jugak.

Sebab kakak tak sempat sarapan lagi, kenala bawak bekal makan atas kereta. Kang meragam lapar, lain pulak ceritanya.

Semalam dah ushar2 dua tiga tempat tapi mahal tapi hari ni Alhamdulillah jumpa yang munasabah.

Tema coklat ke?



Ini tema hari kedua... baju Adib dah beli dulu kaler ni so kakak kena follow la kan.. hihi

Hari raya ni yang eksaited lebihnya anak-anakla kan. Mak pak tumpang gembira.

Kena ingat kat mak pak kita yang buat kita happy dulu. Jangan lupakan buah tangan untuk diorang juga tau.

Rezeki Ramadhan tahun ni memang murah.. semua dicukupkan dan diberi kesempatan berpuasa bersama keluarga. Semoga kita semua menggunakan peluang Ramadhan kali ni dengan sebaik mungkin ek.

1 comment:

  1. samelah masa kecik2 dulu. pantang nampak org pakai tudung. melalak nak ikut. haha

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...