Blog Archive

July 3, 2015

Ketahui 6 Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi Anda Makan


Jumpa lagi kita..semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walaupun cuaca yang panas sekarang ni..wah, cakap tentang cuaca pulak. Hehe

Mommies yang menyusu, pastikan minum air secukupnya pada waktu malam ye. Ganti balik kekurangan air ketika berpuasa di siang hari ( bagi yang berpuasa). 

Penting untuk bayi mendapat susu yang secukupnya. Begitu juga dengan anak-anak yang masih kecil. Risau nanti kot-kot terhidrat. Bahaya!

Cakap pasal air, hari ni sebenarnya saya nak kongsikan tentang Cara Yang Betul Untuk Memberi Bayi Kita Makan. 

Maknanya entri kali ni saya fokus kepada bayi yang baru nak belajar makan la ye mommies. 

Masa terbaik untuk memberikan anak makan buat kali pertama adalah pada waktu pagi ataupun tengahari. Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana manalah tahukan ada yang alahan terhadap sesetengah makanan. nanti lain pulak ceritanya malam-malam. Huhu.. tapi kalau siang, mudahla sikit nak pi bawa klinik ke kan.. (^_^)

1- Anak  Berada Dalam Keadaan Selesa
Mommies boleh pangku bayi semasa nak bagi makan. Bukan pangku macam nak tidur tau tapi tinggikan sikit kepala bayi supaya dapat makan dengan lebih selesa. Pakaikan bib untuk jaga kebersihan baju si kecil. Tapi, bila dah pandai duduk, letakkan dalam kerusi makan. 

Nak tahu Tip Pilih Kerusi Makan Si Kecil?

2- Makanan Sesuai
Makanan pertama yang mommies nak bagi kat anak mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa. Selalunya pada peringkat permulaan, bayi akan lebih senang menerima bubur nasi sebab tekstur dan rasanya seakan susu.

3- Tidak Terlalu Panas
Makanan bayi tak perlu terlalu panas tapi janganlah terlalu sejuk. Suam-suam kuku je ye.Lagi satu, pastikan mommies tak suap terlalu banyak makanan pada satu-satu masa. bagi sikit-sikit dan biarkan si kecil nikmati makanan baru tu. Cara ni sebenarnya memudahkannya untuk belajar menelan makanan dan dalam masa yang sama belajar makan melalui sudu bukannya botol susu.

4- Bersabar
First time bagi bayi makan, ibu kena bersedia kerana memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Bayi mungkin tidak mudah untuk menerima makanan yang diberi sebab merka belum biasa untuk makan. So, takes time. Jangan terlalu memaksa mereka sebaliknya ajar makan perlahan-lahan agar semuanya berjalan lancar.

5- Jaga Kebersihan
Pastikan semua peralatan yang digunakan termasuklah makanannya adalah bersih daripada sebarang kekotoran untuk mengelakkan bayi mommies sakit perut. Hal ni penting tau sebab bimbang nanti anak serik untuk makan. Jadikan waktu makan tu satu moment yang ceria dan nikmatinya dengan tenang.

6- Pastikan Bayi Anda Betul-betul Lapar
Ramai yang berpendapat bahawa watu terbaik untuk bagi si kecil makan adalah sebaik sahaja mereka bangun tidur pada waktu pagi iaitu antara 10-11 pagi kerana biasanya pada waktu ini mereka akan rasa lapar. Tetapi, berilah mereka sedikit susu terlebih dahulu sebelum menyuap mereka supaya takdelah terkejut sangat apabila disuap makanan.

Jika info ini membantu, silakan kongsi dengan mereka yang anda kenali untuk pengetahuan bersama.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...