Blog Archive

July 12, 2015

Cara Membawa Ubat-ubatan Penting Dalam Perjalanan Balik Kampung


Baju Raya
Songkok
Tudung
Kuih Raya

Ok, semua ada. Boleh gerak balik dahh...

Copppp !

Ada bawa balik ubat-ubatan tak? Hurm.. ubat demam, cirit-birit (hehe) ? Mana tahu nak standby siap-siap kan. Malam raya nanti kereta dah banyak. nak p klinik hari raya kot2 tutup..So, bawa siap-siap.

Sama juga kisahnya dengan mereka yang kena bawa stok ubat sepanjang masa. Contohnya pesakit darah tinggi, kencing manis, jantung,asma dan sebagainya.

Kat mana letak ubat-ubat tu ek?

Dalam dashboard?
Armrest?
Dalam bonet belakang?
Bawah kerusi pun ada?

Ok, saya nak kongsikan cara membawa ubat-ubatan semasa perjalanan balik kampung ek. Ni saya dapat dari perkongsian seorang doktor minggu lepas.



1- Bekas
Seeleoknya, masukkan ubat-ubat tu ke dalam satu bekas/compartment yang boleh kita letak ikut kesesuaian dan senang nak letak. Bagi ubat jenis cecair, pastikan cuba untuk letakkan secara menegak dalam bekas tersebut.

2-Kotak Asal
Jangan masukkan atau asingkan ubat tersebut ke dalam bekas lain kerana dikhuatiri kita terlupa jenis-jenis ubat yang telah terpisah dari botol asal. Jika ubat diberi bersama kotak yang tertera maklumat tentang ubat tersebut, bawa bersama kotak tu untuk memudahkan rujukan kita ada kes-kes luar jangka.



3-Beg
Sediakan beg khusus untuk memudahkan anda mengalihkan ubat-ubat tersebut. Jangan sesekali letak ubat di dalam bonet belakang kerana ketika dalam perjalanan, suhu di dalam bonet adalah lebih panas. letakkan di dalam kereta. Bawa bersama beg tersebut keluar jika anda keluar kereta sebab kot-kot nanti orang ingat barang berharga pulak kalau tinggal dalam kereta.

4- Suhu
Ubat asma khususnya inhaler dilarang sama sekali diletakkan di dalam dashboard kerana ia adalah berunsurkan gas. Kepanasan akan membuatkan gas keluar. Jika tiada pilihan, letakkan di dalam armrest.




5- Cool Bag
Untuk ubat insulin yang belum diisi ke dalam 'pen' atau bekas khas yang disediakan, pastikan ianya berada pada suhu yang telah ditetapkan iaitu 2-8 darjah celsius. Bagaimana? Cuba cari beg penebat haba yang lengkap dengan ice bag. Biasanya ibu menyusu memang expert bab beg ni. Ini kerana jika dibiarkan pada suhu bilik atau suhu dalam kereta, insulin tersebut telah kurang keberkesanannya.

6- Matahari
Jangan dedahkan ubat anda pada sinar matahari. Senang cakap jangan letak kat tempat speaker belakang tu pulakkan. Letak dalam beg. Biasa ayah saya akan peluk beg ubat dia. hehe. Comel.

So, jangan lupakan ubat penting dengan memasukkan dalam senarai barang wajib bawa  dan semoga selamat dalam perjalanan.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

2 comments:

  1. Saya setuju pada point no. 4. Kebanyak ubat tidak boleh terdedah dengan suhu yang tinggi. Terima kasih kerana share.

    ReplyDelete
  2. saya letak semua dalam satu beg (pil-pil) yang cecair dalam bekas lain..yang jenis minyak-minyak bekas lain..

    ReplyDelete

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...