7 Langkah Yang Berguna Jika Anak Alami Alahan Telur

Pernah dengar tak tentang anak yang alahan telur? Saya dulu macam tak percaya. Pastu jumpa kawan sekerja yang cerewet pilih makanan. Apa jenis makanan yang menggunakan telur, semua dia reject. Ingatkan dia cerewet rupanya memang ada masalah bila makan telur. nanti muka jadi bengkak, demam, mata bengkak, selsema...Uish..kalao saya jadi macam kawan saya pun saya rela tak sentuh telur dan apa jua makanan yang guna telur. Seksa ooo.


So, apa nak buat since telur mudah diperoleh dalam kebanyakan makanan? Nampaknya kita kena mengenali makanan yang mengandungi telur untuk mengelak alahan telur daripada terjadi kepada anak.

Apakah itu alahan telur?
Alahan telur ialah reaksi tindak balas badan terhadap telur dan makanan yang mengandungi telur. Badan akan memberi tindak balas seolah-olah telur itu adalah bahan berbahaya.
Bagaimana alahan terjadi?
Alahan terjadi apabila badan bertindak balas terhadap telur sebagai bahan berbahaya. Badan menghasilkan antibodi untuk melawan protein telur. Antibodi ini merangsang sistem imun badan untuk mengeluarkan bahan kimia yang menyebabkan wujudnya gejala alahan telur.
Berapa kerap alahan ini terjadi?
  • Kadar kejadian alahan telur di Malaysia tidak diketahui.
  • Biasanya bermula semasa telur mula-mula diperkenalkan kepada bayi.
  • Alahan telur biasanya hilang apabila kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 7 tahun.
Apakah kesan alahan ini?
Reaksi alahan boleh melibatkan kulit, usus dan paru-paru. Kadang-kala fungsi jantung dan tekanan darah juga turut terjejas.
Jenis-jenis reaksi:
  • Akut - gejala kelihatan dalam masa beberapa minit.
  • Lewat - gejala kelihatan biasanya selepas 2 hingga 4 jam.
Gejala alahan biasanya di alami untuk jangka masa kurang daripada sehari. Gejala ini termasuk:
  • Gatal-gatal, radang kulit (ekzema).
  • Muka menjadi merah.
  • Mata berair, bengkak kelopak mata.
  • Mulut gatal, bengkak bibir.
  • Tekak perit.
  • Hidung berair.
  • Nafas termengah-mengah, batuk.
  • Loya dan muntah.
  • Sakit perut.
  • Cirit-birit.
Bagaimana diagnosa alahan telur dilakukan?
Diagnosa dilakukan oleh doktor selepas mengambil sejarah kanak-kanak dan gejalanya.
  • Ibu bapa mungkin sedar bahawa bayi mereka sakit atau mendapat ruam sebaik sahaja makan telur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya keadaan ini berlaku.
  • Ujian khusus yang mungkin dilakukan oleh pakar termasuk:
    • Ujian alahan kulit.
    • RAST (Radio Allergosorbent Test).
    • Ujian khas alahan telur ini boleh dilakukan tetapi tidak semestinya memberi keputusan yang tepat. Segala keputusan ujian perlu dianalisa dengan teliti oleh pakar sebelum diagnosa dibuat.

Untuk semua reaksi alahan , saya sarankan bawa anak untuk berjumpa doktor dengan segera. jangan tunggu-tunggu lagi sebab kita tak tahu apa akan berlaku selepas tu.
Kalau ada nak guna apa jenis ubat, pastikan mommies semua dapatkan nasihat doktor dahulu tau.

Apakah yang saya harus lakukan jika anak saya ada alahan telur?

Sekiranya anak ada alahan telur:-

  1. Baca dengan teliti label makanan dan elakkan makanan yang ada telur.
  2. Rancang langkah kecemasan jika terlajinya reaksi alahan.
  3. Jika anak disarankan untuk mengambil sebarang ubatan oleh doktor, pastikan bekalan ubat ada sepanjang masa.
  4. Pakaikan gelang 'medic alert' di pergelangan tangan anak.
  5. Beritahu penjaga atau guru mengenai kesihatan anak.
  6. Minta nasihat doktor mengenai sebarang langkah khas sebelum menerima imunisasi MMR.
  7. Elakkan dari memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (kandungan telur yang sedikit pun boleh mengakibatkan reaksi yang teruk)
    Apakah tindakan yang perlu dilakukan?
    Sebenarnya terdapat banyak makanan mungkin yang mengandungi telur tetapi tidak dimasukkan dalam label.
    Contohnya:-
    • Albumin.
    • Globulin.
    • Ovalbumin.
    • Vitellin.
    • Lysozyme.
    Jadi, dapatkan nasihat pakar pemakanan kalau mommies tak pasti kandungan sesuatu makanan. Bila anak dah tak ambil telur, kita kena pastikan pula anak-anak mendapat nutrient yang cukup daripada sumber makanan yang lain.

    Ada kajian juga yang mengatakan bahawa kebanyakan anak-anak berjaya mengatasi alahan telur. Walau bagaimanapun, pengambilan semula telur perlu dilakukan selepas berbincang dengan doktor.

    FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
    Rafhati Mohamad Napi
    ♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
    ♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
    ♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

    *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

    1 comment:

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...