Tips Sentuhan Kreatif Untuk Kediaman yang Selesa


Seharian di rumah buat mereka yang bekerja di rumah atau setelah penat mengharungi hari yang panjang di pejabat, ingin juga pulang dan berehat di rumah dengan selesa dan sejuk mata memandang. Betul tak?

Tapi apa nak buat bila susun atur dah lama tak bergerak dan perabot dah lama tak tukar?
Itu bukan masalah tau. Ada cara untuk memberi sentuhan menarik tanpa menelan banyak belanja atau masa. Nak tahu?

Cubalah petua mudah ni dan gunakan kreativiti anda untuk mewujudkan syurga kediaman yang selesa lagi ceria.

Selamat Datang!
-Sesuatu yang ringkas seperti alas lantai atau hiasan pintu boleh menimbulkan suasana yang mesra dan menyambut kepulangan anda.

Sungguh selesa
-Kerusi dan sofa anda pasti selesa jika dihias dengan kusyen kecil yang gebu. Ia juga menambahkan keceriaan dan warna di ruang tersebut.

Meja menarik
-Meja makan lama boleh diberi nafas baru dengan alas meja yang menarik. Untuk melindunginya dari kesan tumpahan, alas dengan plastik lutsinar atau alas meja plastik. ia senang didapati di kedai-kedai kain.

Segar menghijau
-Serlahkan suasana kediaman anda dengan pepohon hijau. Sebarang ruangan akan kelihatan lebih bermaya dan mesra dengan kehadiran tumbuh-tumbuhan hijau.

Ukirkan senyuman
-Pamerkan gambar keluarga atau gambar percutian kegemaran anda dalam bingkai berwarna warni. Ia pasti mengukir senyuman dan membawa kenangan manis setiap kali dilihat.

Mesra & selesa
-Wujudkan suasana yang mesra dan selesa di rumah dengan terendak lampu yang menggunakan mentol kuning. Ia boleh dihiasi dengan butang,manik kaca, bunga,reben atau apa sahaja yang berkenan di hati.

Harum semerbak
-Isikan mangkuk kecil atau raga atau bakul dengan bunga rampai yang harum semerbak. Atau boleh juga hiasi dengan lilin wangi untuk menimbulkan suasana yang hening dan tenang.

Selamat mencuba
 .
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...