Tip Atasi Sikap Anak Kecil Yang Bercakap Kasar Dengan Ibu Bapa

Assalamualaikum warahmaullahiwabarakaatuh


Dengan keadaan zaman sekarang yang serba mencabar, anak-anak perlu dibesarkan dengan penuh "tapisan" agar tidak mudah terpengaruh dengan perlakuan yang tak elok.

 Pernah tak anda sebagai ibu bapa berdepan dengan situasi anak anda mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya diucapkan oleh kanak-kanak sebayanya?

Bukan mencarut, tetapi bercakap kasar dan menjerit-jerit...

Jika pernah, bagaimanakah cara anda mengatasi keadaan tersebut?

a) Kembali berbuat perkara yang sama kepada si anak
b) Memukul anak
c) Diam sekejap

(a) , (b)  atau (c) yang telah anda ambil atau mungkin akan pilih?

Melalui sebuah blog yang berunsur motivasi, penulisnya memberitahu agar ibu bapa perlu menekan butang "PAUSE" sebentar apabila anak-anak meragam atau mengamuk sakan. Sebentar saja tau bukan sehingga anak berhenti menangis sendiri.

Kenapa macam tu?

Kerana anak-anak ni kadangkala "sengaja" memecahkan suasana dan mencipta situasi untuk meraih perhatian dan perasan tak yang ibu bapa memang akan berhenti sekejap dan melayan kerenah/memujuk.

YES! Mereka menang dan taktik anak-anak BERJAYA...

Apakata puji anak-anak apabila mereka sedang berkelakuan baik.
Contohnya apabila mereka sedang bermain bersama adik-beradik lain dengan baik, apabila si kakak sedia berkongsi mainan dan banyak lagi perkara positif yang mereka lakukan.

Dengan cara ini, mereka akan faham bahawa jika mereka berkelakuan baik, perhatian anda is there tetapi tidak apabila mereka mula meragam.

Kita sebagai ibu bapa juga seharusnya peka bahawa anak-anak ni belajar dari kita sebenarnya.
Contoh paling biasa yang ibu bapa terlepas pandang ialah apabila si anak meminta sesuatu, kita akan meminta mereka tunggu sekejap, "Jap ye.." , "Tunggu jap", "Sekejapa lagi ibu bagi"... Secara tak lansung anak akan berfikir yang mereka juga boleh melakukan perkara sama.

Berbalik kepada tajuk asal kita tadi, apakah tip dan petua yang boleh dilakukan apabila berhadapan dengan anak yang bercakap kasar dengan ibu bapa?

  1. Jangan sesekali berkasar kembali kepada anak ataupun menjerit kepada mereka dengan harapan akan difahami atau dihormati kembali. Ini menghantar mesej kepada anak supaya meneruskan perkara tersebut.
  2. Pada masa anak sedang bercakap begitu, mereka mungkin sedang memberontak dan cuba menyampaikan sesuatu dengan cara yang mereka pernah lihat dilakukan oleh orang lain (dirasakan betul). Jadi, beri ruang bertenang kepada mereka.
  3. Setelah itu, cuba dekati anak dengan baik. Apabila anda dan anak dalam keadaan bertenang, setiap perbincangan akan mudah diterima. Jangan ingat anak berumur 3-4 tahun tidak boleh memahami perbincangan anda. Nasihat yang diberikan serta teguran pada saat ini amat mudah diserap oleh mereka seperti span. Lagi pula, anak-anak peringkat anak tiada kepentingan serta tiada ego untuk menolak pendapat orang lain. Marah mereka cuma sekejap sahaja.
  4. Tanyakan pada anak adakah mereka ingin katakan sesuatu dan minta mereka katakan dengan sopan. Dalam masa yag sama ibu bapa perlu menjadi role model kepada mereka iaitu melakukan seperti yang diberitahu.
  5. Peluk dan cium dahi mereka. Banyak kajian menunjukkan bahawa ramai anak akan menunjukkan sikap memberontak serta beberapa sikap lain apabila kurang mendapat sentuhan dan pelukan kasih sayang daripa kedua ibu bapa mereka. Ini kerana mereka berasa kurang keyakinan diri dan rasa tersisih.Jangan lupa bahawa anak juga seperti kita. Mereka perlukan belaian dan berhak untuk disayangi.
  6. Jika anda seorang yang beragama Islam, jangan lupa untuk mengamalkan zikir Ya Latif ketika sedang memasak untuk anak-anak. Boleh juga diamalkan ketika mereka hampir2 tidur iaitu  bacakan surah Al-Fatihah, ayat kursi, zikir ya Latif serta surah al Insyirah. Tiupkan pada ubun-ubun anak serta bisikkan nasihat serta harapan kita. Jika anda bukan muslim, lakukan mengikut amalan agama anda.

Anak itu cermin bagi ibu bapa. Apa yang mereka lakukan adalah refleks daripada didikan yang kita salurkan kepada mereka. Sayangilah mereka kerana umur setahun mereka hanya sekali...dua tahun, tiga tahun dan seterusnya juga adalah sekali. Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada anda.



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...