Kanser di Kalangan Kanak-kanak dan Puncanya

Bila sebut pasal kanser, ramai yang terbayangkan pengakhiran yang menyedihkan. Seboleh-boleh semua dari kita tidak mahu terkena kanser ini.

Kanser ni bukan sahaja dialami oleh orang dewasa tetapi juga boleh menyerang golongan kanak-kanak.

Jika kebanyakan kanser di kalangan orang dewasa dikaitkan dengan risiko yang berkaitan dengan gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, bagaimana pula dengan kanak-kanak?

Bagi semua kumpulan umur, kanser yang biasa berlaku ialah leukemia, lymphoma dan ketumbuhan otak. Apabila kanak-kanak meningkat ke alam remaja, peningkatan kes kanser tulang (osteosarcoma) berlaku. Untuk setiap barah, ianya terjadi di tempat yang berbeza, rawatan diberi serta kadar penyembuhan adalah berbeza.



Adakah puncanya sama sahaja?

Walaupun banyak telah diketahui tentang kanser di kalangan orang dewasa, malangnya punca sebenar yang tepat tentang kanser di kalangan kanak-kanak masih belum diketahui.

Bagaimanapun, para doktor mengesyaki bahawa faktor risiko persekitaran adalah merupakan salah satu punca utama berlakunya kanser di kalangan kanak-kanak. Perlu diketahui juga bahawa setiap jenis kanser berkembang dengan cara yang berbeza dan setiap satu mempunyai pelbagai punca.

Selain itu, berlakunya mutasi atau perubahan dalam DNA sewaktu tempoh perkembangan mereka sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan sel-sel menjadi berkanser.Kebanyakan kanser kanak-kanak berlaku pada awal kehidupan kanak-kanak itu sendiri atau mungkin sebelum mereka dilahirkan lagi.

Kesimpulannya, punca dan sebab perubahan DNA yang menyebabkan kanser di kalangan kanak-kanak masih belum dapat dipastikan dengan tepat.Ada kes yang disebabkan oleh faktor luaran yang belum ditemui, tetapi kadang-kadang berlaku dalam sel, tanpa mempunyai sebarang faktor luaran.

Jadi, apa kata ibu-ibu cuba mengawal pemakanan yang bukan-bukan dan amalkan pengambilan makanan secara sihat kerana tabiat pemakanan kita ni sebenarnya akan mempengaruhi tubuh badan kita dalam jangka masa panjang.

Bagi ibu-ibu hamil, saya cadangkan pengambilan ESP untuk membekalkan protein yang diperlukan oleh badan untuk menghasilkan sel-sel baru yang berkualiti. Di samping membekalkan tenaga yang berpanjangan, ESP juga mempunyai asid amino penting yang diperlukan oleh badan kita.

Dimana Kanak-kanak Kanser Patut Diberi Rawatan?

Apabila penyakit kanser telah disahkan, adalah mustahak ibu bapa/penjaga menerima rawatan untuk anak di hospital yang ada pakar onkologi kanak-kanak bagi merawat kanser kanak-kanak tersebut.
Di Malaysia, pusat rawatan kanser kanak-kanak ialah di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM), Hospital Umum Kucing, Sarawak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Likas, Kota Kinabalu dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...