Biasanya umur menginjak ke usia enam bulan, si manja dah pandai duduk dan pinggang pun dah agak kuat untuk kawal bahagian badan dari pinggang ke atas.
Perkara utama yang perlu mommies ambil kira adalah keselamatan dan keselesaan si kecil mommies semua.
Sebelum beli, perhatikan ciri-ciri penting berikut agar kerusi makan yang dibeli kelak adalah praktikal untuk acara santapan si manja.
1. Material
Periksa tahap keselamatan kerusi makan sebelum membelinya sama ada ia mempunyai bucu tajam atau kemasan cat yang bertoksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
2. Kestabilan
Paling penting, mommies pilih keru
3. Keselamatan
"5 point harness" sangat penting dan pilih kerusi makan yang dilengkapi dengan ciri-cii ini.
Abah-abah keselamatan ini adalah sangat penting bagi seorang kanak -kanak, menghalang mereka daripada tergelincir dari tempat duduk. Abah-abah juga berfungsi "mengunci" mereka dari berdir yang mana boleh membahayakan. Terdapat juga fungsi sesendi pada bahagian kaki yang boleh mematikan bukaan kaki kerusi.
4. Keselesaan
Ini merupakan fakor utama dalam pemilihan kerusi makan anak. Tempat duduk yang sedap diduduk, tempat letak kaki yang selesa, ketinggian mudah laras menjadi inti pati utama dalam memberi keselesaan tambahan kepada si kecil untuk menjamu selera.
Tempat letak kaki dan penyandar boleh laras boleh laras, bakul mainan, menambahkan lagi keselesaan bayi sewaktu makan serta memudahkan mommies juga.
5.Mudah Dibersihkan
Tumpahan makanan dan minuman mungkin akan menjadikan kerusi makan si kecil anda comot. jadi, pilihlak kerusi makan yang mudah dibersihkan. Tempat duduk yang jenis tidak menyerap kotoran hanya perlu dilapkan sahaja.Dulang makanan yang boleh ditanggalkan lebih memudahkan untuk membersihkan sisa makanan yang tertumpah.
6. Penstoran
Kerusi yang agak tinggi tetapi boleh dilipat kepada saiz yang kompak adalah satu kelebihan. Lebih diminati untuk kediaman agak kecil. Selaiz saiz, ciri mudah alih dan ringan juga perlu ditekankan untuk memudahkan penyimpanan atau pengalihan.
7. Aksesori dan Fungsi Tambahan
Kemudahan tambahan seperti dulang makanan berwarna-warni dan pelapik tempat duduk bermotif gambar kartun atau corak ceria menjadi daya tarikan yang mengujakan buat bayi.
Selain itu, terdapat kerusi makan yang mana berfungsi dua dalam satu iaitu boleh diceraikan sebagai meja makan dan kerusi makan setelah anak berusia 2 tahun.
TIP TAMBAHAN
- Jangan biarkan anak anda ditinggalkan berseorangan di kerusi makan tanpa pemantauan orang dewasa.
- Gunakan pinggan mangkuk yang tahan lasak, tidak mudah pecah dan selamat (BPA Free)
Semoga dengan tip yang dikongsikan ini akan membantu anda memilih kerusi makan yang sesuai untuk si manja.
FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey
*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
No comments:
Post a Comment