Perkara Yang Semua Ibu Perlu Lakukan Selepas Bersalin

Tahniah jika anda bakal ibu. Teruskan membaca kepada yang mencari info tentang hal ini.

Seawal jam 6.00 pagi, anda dah boleh memulakan hari dengan membersihkan badan. Jangan rasa takut atau jangan setkan fikiran kita "susah nak bergerak".
Minta bantuan ibu, suami atau mungkin pembantu rumah untuk menyediakan kelengkapan mandi.


Tapi, kenapa ibu baru bersalin digalakkan untuk mandi?

Selepas  melahirkan, anda pasti berasa letih kerana seluruh tenaga digunakan sewaktu proses bersalin. Oleh sebab itulah, anda digalakkan untuk mandi untuk menyegarkan badan. mandi ni bukan sahaja untuk membersihkan badan sahaja tetapi juga untuk menenangkan fikiran.

Bagi anda yang beragama Islam, ibu yang baru melahirkan diwajibkan untuk mandi wiladah iaitu mandi khusus selepas bersalin.

Masa saya dulu, saya gunakan air suam sebab bimbang kalau air sejuk digunakan, katanya tak elok untuk urat-urat kita yang sedang bengkak.

Keesokan harinya, anda boleh mula mandi menggunakan serbuk rempah yang telah siap dibungkus secara moden ataupun guna sahaja serai,daun limau purut dan daun inai. Rebusterlebih dahulu dana airnya digunakan untuk mandi. Mandi semasa air masih suam-suam tau.Barulah aroma wanginya tu dapat memberi terapi kepada minda. Tubuh pun jadi lebih wangi.

Jangan main siram je tau. Mulakan dari kaki , naik ke betis, lutu, peha, pinggang seterusnya hingga ke kepala. Setelah siap, rambut perlu dikeringkan dengan segera ok seterusnya ikat dengan kemas.

Mengapa mak-mak kita dulu disarankan supaya ikat rambut tinggi-tinggi? Dipercayai supaya urat-urat saraf di bahagian muka juga turut tegang dan muka nampak bereri-seri.

Untuk membersihkan bahagian alat sulit terutama anda yang terpaksa menjalani eisoptomi, lap bahagian tersebut supaya tidak terlalu basah. Kemudian lap skali lagi dengan ubat cecair antibiotik. Jangan lupa untuk memilih tuala wanita yang tebal dan dalam masa yang sama lembut supaya jahitan tidak terjejas.

Semoga dengan tips ni, dapat membantu anda di luar sana untuk menghadapi hari-hari bahagia bergelar ibu.

FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...