Jenis - jenis Masalah Berkenaan Otak Manusia Termasuk Aneurysm Yang Perlu Difahami

Pembentukan otak manusia bermula pada lapan minggu pertama kehamilan seorang bakal ibu. Menurut Prof. Dr Jamiyah Hassan, Pakar Perunding O&G (Feto-Maternal), PPUM, dalam banyak-banyak organ badan manusia, otak satu-satunya bahagian yang akan terus membentuk dan berkembang sehingga lahirnya seorang bayi.

"Otak manusia terbentuk mengikut peringkat usia kandungannya dalam rahim ibu. Ia berbeza dengan organ lain, contohnya jantung yang akan lengkap terbentuk dalam badan manusia sebaik mencecah usia kandungan lapan minggu pertama kandungan. Selepas itu ia akan membesar sahaja mengikut usia kandungan tapi tidak bagi otak". (Rujukan: Pa&Ma Mei 2008)
 
Ujian ultrasound dikatakan boleh mengesan beberapa kelainan tetapi ia tidak semestinya menunjukkan berlaku kecacatan pada otak bayi kerana ianya hanya boleh dilihat apabila bayi lahir sahaja.

Jom Kenali Masalah Kecacatan Otak

1- Anancephaly



Ketiadaan tempurung kepala menyebabkan otak tidak dapat membentuk dengan sempurna. Biasanya bayi yang berhadapan dengan masalah ini tidak boleh hidup lama sebaik dilahirkan.


2- Hydrocephalus

Kandungan air yang berlebihan di dalam struktur ventricles di dalam otak. Bayi yang lahir dengan masalah ini akan mempunyai kepala yang bersaiz besar dari normal. Otak yang lembut dan kandungan air yang bertakung serta tidak keluar menyebabkan otak terhimpit.

Keadaan ini membeuatkan sel-sel otak mati dan tidak boleh membentuk sel baru. Ini boleh mengakibatkan kecacatan otak.


3- Microcephaly


Saiz kepala yang terlalu kecil dan boleh mengakibatkan kecacatan otak.


4- Aneurysm

Pembuluh darah yang tidak normal di dalam otak dan jika berlaku pendarahan, ia boleh menyebabkan seseorang tiba-tiba jatuh pengsan dan boleh mengakibatkan kematian jika terlalu banyak.


5- Encephalocoele
Ini ialah satu keadaan di mana tempurung kepala janin tidak terbentuk dengan sempurna. Jadi, bahagian otak terkeluar melalui lubang di bahagian tempurung otak. Ini boleh mengakibatkan masalah yang besar jika otak yang terlibat adalah besar,



FREE CONSULTATION BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

 Rafhati Mohamad Napi
♥ HP : 0139218084 ( call/sms/whatsapp/telegram)
♥ Emel : attieymohamad@gmail.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...