Jelaskan Matlamat Ibu Bapa dan Anak-anak

Anak-anak kita walaupun masih kecil, mereka mampu merakam dan mempunyai minda bawah sedar yang kuat. Kelebihan ini membolehkan kita sebagai ibu bapa untuk mempengaruhi minda anak-anak terutama masa-masa anak-anak dalam keadaan  mamai esecially waktu subuh.


Pada waktu tersebut, sebarang maklumat yang kita ungkapkan kepada anak-anak akan masuk tanpa ditapis. Jadi kita sebagai ibu bapa perlu ucapkan sesuatu yang boleh memberi impak atau kesan cukup tinggi kepada mereka pada  waktu tersebut.

Sebagai contoh biasanya waktu pagi, ibu akan kejutkan anak-anak dengan kata-kata begini:

"Cepat bangun, nanti lambat pergi sekolah"

Jadi, pada waktu tersebut maklumat yang diterima adalah "lambat siap pergi sekolah" hurm..

Apa kata mulai hari ini, kita ubah kata-kata tu kepada

 "Bangun nak, nanti boleh pergi awal ke sekolah"

Nampak tak perbezaan yang saya cuba sampaikan? Harapnya sampaila ye.

Apa matlamat sebagai ibu bapa kena jelas sebenarnya.

Ingat tak Doa Nabi Ibrahim masa nak dapat anak yang mana baginda memeohon agar anaknya menjadi seorang imam dan tidak  tinggal solat. Macam tula doanya. harap boleh perbetulkan jika saya salah. Saya pun tak berapa arif cuma nak memanjangkan ilmu.

Jadi, sebagai ibu bapa, kita kena jelas apa dan bagaimana corak yang kita nak bentuk pada anak kita.

Jika rasa susah dalam mendidik mereka, ingat apa tujuan kita .

Rababbanahablanaminazwajinawazurriyatina qurrata 'ayyuni waj 'alna lilmuttaqin imama.... maksudnya kita minta jadikanlah anak2 dan pasangan kita itu sebagai  penyejuk mata, dan jdkan kami semua imam bg org bertakwa ( best among the best).

Berat sebenarnya jika kita hayati betul-betul..

Apa yang kita fahami dari ungkapan "penyejuk mata" .
Jika kita tanya ayah, mungkin nak anak yang suka urut ayah tanpa disuruh.
Mak pulak nak anak yang pandai masak.

Jadi, macam mana tu?

Lain orang lain makna..jadi kita  kena tanya Allah, apa itu  penyejuk mata yang sebenar-benarnya.

Di sini, pentingnya kita ajar anak budaya solat yang mana dalam solat ni kalau kita sedar ada:
-unsur2 paksa; dan
-mesej behind solat ( kebersihan, kesatuan, time management, hormat, disiplin, tertib dll)

Program dulu pada anak tentang pentingnya kita mempunyai niat yg jelas dan niat tu mesti sampai pd Allah.
Ibu bapa pun kena jelas sebab ini adalah amanah. Amanah yang Allah bagi untuk kita jaga.

Sebagai kesimpulan, jika kita atau anak-anak menghadapi  masalah, kita kena lihat dan semak balik solat
 kita. Ada salah kat mana-mana tak.

Kita belajar dari niat solat yang berbeza mengikut waktu yang mana sebenarnya mengajar kita untuk set diri kita supaya berbeza mengikut situasi dan keadaan.  Jadi tukar niat ikut keadaan dan situasi.


Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...