Kenali Apa Itu Vitamin

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Ramai orang di sekeliling kita yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau vitamin. Tapi kenapa ye? Sebab kita agak mustahil untuk memastikan tubuh badan kita mendapat semua vitamin yang diperlukan dari sumber makanan yang kita ambil. Kadang-kadang kita mungkin makan nasi tapi terlupa makan buah atau tidak mengambil kekacang pada satu-satu hari...

Ada yang merasakan bahawa kita sebenarnya tak perlu pun makan vitamin. Hurm...

Nak tahu betul ke tak statement tu, jom kita kenal dulu apa sebenarnya vitamin ni.



Vitamin adalah sejenis elemen mikro nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi oleh tubuh badan bagi menjalankan fungsi badan secara normal.

Selalunya vitamin ni boleh didapati melalui pengambilan pelbagai makanan seimbang seperti hati, daging, ikan, bijirin, kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.Selain dari sumber makanan, vitamin juga diperolehi dalam bentuk dosej farmaseutikal yang kita duk tengok dalam pelbagai bentuk dan warna tu.


Produk vitamin yang boleh kita jumpa  datang dalam pelbagai bentuk sediaan. Ada :
  • kapsul
  • tablet kunyah
  • tablet larut air
Tak lupa juga adanya sediaan multivitamin juga boleh kita dapat di pasaran bagi memudahkan pengambilan vitamin dan mineral mengikut keperluan harian.

Apa Fungsi Vitamin?
 Kita boleh kata yang vitamin ni bertindak untuk membantu enzim supaya dapat menjalankan tindak balas kimia tertentu dalam badan kita ni. Jadi, pengambilan vitamin yang berbeza boleh membantu dalam perkembangan tisu badan, pengawalan metabolisma badan serta mengekalkan kesihatan kulit, mata, gigi dan tulang kita.

Macamana nak ambil vitamin?
Vitamin ni perlu kita ambil dalam kuantiti yang mencukupi bagi mengelakkan penyakit tertentu. Kekurangan vitamin juga boleh menyebabkan penyakit skurvi ( kekurangan vitamin C) , riket ( kekurangan vitamin D), dan sebagainya.

Lagi satu yang anda patut tahu iaitu vitamin terdiri daripada:
  1. Vitamin Larut Air
  2. Vitamin Larut Lemak
Maknanya, vitamin larut air memerlukan air untuk terurai manakala yang lagi satu tu memerlukan lemak untuk dilarutkan. Jadi, penting untuk anda ketahui dengan betul bila masa terbaik untuk mengambil vitamin supaya lebih berkesan.

Dos Yang Diperlukan?
Tak semua orang atau peringkat umur perlu mengambil dos yang sama. Ianya berbeza bagi setiap individu bergantung kepada jantina, umur serta kena ambil kira jikalau individu yang nak ambil vitamin tu ada masalah kesihatan tertentu, sedang pregnant atau breastfeed.

Ada Kesan Sampingan?

Perlu alert bahawa dos yang kita ambil tu masih dalam sukatan yang disarankan iaitu tidak melebihi dos maksima untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.

Walau bagaimanapun, dengan penggunaan vitamin Shaklee yang telah melalui pelbagai ujikaji dan penyelidikan dengan kos yang tinggi dilaburkan serta mempunyai pakar nutrisi yang sentiasa memantau, adalah disarankan supaya kita minum air dengan banyak jika mengamalkan supplemen untuk mengelakkan rasa pening kepala, loya dan letih.

Walau apa jua vitamin yang anda ambil, air perlu diminum dengan banyak untuk meringankan beban buah pinggang memproses apa jua didalambadan kita.

Namun, jika dibandingkan antara vitamin sintetik dengan vitamin semulajadi, adalah dperakui bahawa vitamin semulajadi lebih selamat untuk tubuh kita, alam sekitar serta mempunyai beberapa nilai tambah untuk kesihatan kita.

Jadi, pilihlah vitamin dari Shaklee yang telah mempunyai terlalu banyak testimoni dari ramai pengguna yang mengakui keberkesanan dan keselamatannya dari dulu lagi.


Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...