5 Perkara Yang Anda Jangan Lakukan Terhadap Ubat !

Bila sebut tentang ubat, ramai yang concern sebab ramai dari kita yang akan ambil dan makan ubat bila sakit. Betul?

Tetapi, ada segelintir dari kita meremehkan hal-hal ubat ni. 
Contohnya, cara simpan, suhu penyimpanan, cara pengambilan dan sebagainya.

 Tahukah anda, bahawa anda TIDAK BOLEH ambil mudah tentang ubat-ubatan?



  1. JANGAN simpan ubat anda di dalam kereta dalam jangka masa yang lama
  2. JANGAN simpan ubat yang berlainan dalam bekas yang sama dan bercampur aduk
  3. JANGAN simpan ubat anda di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu yang tinggi dan kawasan lembap seperti tepi tingkap, atas peti sejuk, dan dalam bilik mandi.
  4. JANGAN simpan ubat di dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian (Rujuk pada pembungkusan ubat)
  5. JANGAN simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, atau rosak atau hilang labelnya.

Bagi ubat yang disimpan dalam peti sejuk, seeloknya masukkan dalam bekas dan letak di bahagian dalam peti bukan di pintu , bukan ruang bawah dan juga bukan bahagian atas.

Semoga bermanfaat dan sila kongsikan tips ini dengan mereka yang tersayang.
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...