Tips Selamat Bila Si Kecil Pandai Berjalan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Syukur sangat sebab Muhammad Adib dah mula berjalan dan dah pandai jalan. hoyyehhhhhh..opss..alhamdulillah.

Mula-mula tu menapak 2,3 tapak jatuh. bangun dan cuba...jatuh. bangun lagi dan cuba lagi sampai berjaya.
 Tapi tu 2 hari lepas.. hari ni Adib dah laju..tak sabar sampai nampak macam dia nak berlari..laju sungguh (bagi anak sebaya dia la)..

Adib agak lambat sikit jalan kalau nak compare dengan kakak tapi mungkin faktor berat badan kot sebab Adib sedikit bam bam. Kakak pula cantik slim. Papepun, dua -dua umi ngan abi saaayang sangat. Tak ada beza. Sungguh!

Ok, panjang ati bebel kali ni. Baru intro tuu..hehe

Antara tips yang ati sarankan bila ada anak yang dah pandai jalan adalah :

  • Lapangkan ruang untuk si kecil anda meneroka untuk mengelakkannya dari tersungkur. Namun hanya untuk sementara kerana apabila si kecil sudah agak mahir, dia akan sangat suka meneroka. Jadi laluan-laluan "mencabar" amat digemari. Maksudnya, kalau awal-awal tadi kita dah clearkan ruang tamu, dalam 4-5 hari kita dah boleh kembalikan pada keadaan sediakala secara perlahan-lahan.
  • Kurangkan perabot keras kerana bimbang si kecil boleh mengalami kecederaan serius sekiranya terhantuk atau tersungkur.
  • "Kunci" sekejap laci yang boleh dicapai.
  • Jauhkan si kecil anda dari tempat-tempat yang membolehkan dia mencapai benda-benda berat. Sebagai contoh rak tv lcd kerana Tv LCD biasanya senang terbalik.
  • Perhatikan apabila si kecil memanjat, adakah dia memegang kusyen sandar. Jika ya, telangkupkan sekejap untuk menyukarkan si kecil memanjat. Ini boleh mengurangkan risiko terjatuh dari kerusi.
  • Tutup pintu bilik air atau selak dari luar sekiranya boleh kerana si kecil mungkin akan tertarik untuk explore tempat baru.
  • Gunakan pelapik lantai/permaidani yang selamat iaitu tidak mudah berlipat atau berkedut bagi menghindari si kecil dari tersungkur.

Nampaknya setakat itu dulu perkongsian yang ati nak bagi. Namun, janganlah terlalu takut untuk membiarkan si kecil anda terjatuh sedikit kerana ianya adalah salah satu proses pembelajaran. Yang penting adalah pemantauan dari orang dewasa secara ekslusif .

Selamat beramal ... (^_^) 

Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...