Blog Archive

March 25, 2015

Minuman Nutrisi Yang Baik Untuk Kanak-kanak



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh

Pengenalan
Nutrisi, imuniti dan penyakit berjangkit adalah amat saling berkaitan. Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak yang sihat. Jika kanak-kanak kekurangan zat makanan atau kekurangan sesuatu nutrien penting dalam dietnya, keimunannya akan menjadi lemah. Kanak-kanak tersebut akan menjadi sasaran yang mudah bagi jangkitan yang kerap disebabkan oleh mikroorganisma yang berbahaya seperti bakteria, virus dan parasit.
Apabila jangkitan berlaku, kanak-kanak yang mempunyai imuniti yang lemah mungkin mengambil masa yang lama untuk pulih. Tambahan pula, tempoh jangkitan yang berpanjangan ini akan mengurangkan selera makannya dan menyebabkan kehilangan berat badan dan mengganggu cara pemakanannya. Hasilnya, imuniti kanak-kanak akan diperlemah. Kitaran buruk kekurangan nutrisi dan jangkitan ini akan berterusan. Untuk memberhentikan kitaran ini, marilah kita sama-sama mengenali asas-asas nutrisi yang baik untuk anak anda.

Bagaimana nutrisi boleh membantu mengukuhkan pertahanan semula jadi kanak-kanak terhadap jangkitan?
  1. Nutrisi merupakan asas kepada pembinaan imuniti untuk kanak-kanak dari lahir sehingga usia 2 tahun. Sepanjang 6 bulan pertama, nutrisi tunggal bayi adalah daripada susu ibu yang merupakan makanan yang sempurna untuk bayi. Susu ibu meningkatkan imuniti kerana susu ibu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik, mengandungi antibodi & banyak bahan-bahan perlindungan yang lain (misalnya enzim, sel-sel imun dan lain-lain) yang melindungi bayi daripada jangkitan.
  2. Selepas 6 bulan, susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan nutrisi bayi. Ini adalah masa untuk memperkenalkan makanan pepejal dan pemberian pelbagai jenis makanan. Karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral daripada makanan segar seperti bijirin, ayam, daging, ikan, minyak sayur-sayuran, buah-buahan dan sayur-sayuran memberikan pertahanan semula jadi terhadap jangkitan.
  3. Pengambilan makanan yang mengandungi bakteria mesra
  •  mengurangkan hari-hari sakit dan ketidak-hadiran ke sekolah yang memberi kesan kepada pengajian 
  • mengurangkan kekerapan kemasukan hospital

Apakah jenis makanan yang boleh membantu memperkukuhkan imuniti?
  1. Mineral-mineral seperti zat besi, zink, kalsium, kalium, iodin dan selenium adalah penting untuk memperkukuhkan imuniti. Contoh makanan yang kaya dengan mineral adalah kekacang, bayam, ikan, produk tenusu, gandum, daging tanpa lemak, bijan, kacang tanah, kambing tanpa lemak dan serbuk koko. Juga termasuk buah-buahan kering, kekacang, benih-benih, ikan berhabitatkan air-sejuk, kurma, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Asid lemak perlu seperti asid linoleik yang terdapat dalam minyak jagung dan ayam dan alfa-linolenik asid yang terdapat dalam benih gandum dan minyak canola adalah penting untuk kehidupan.
  3. Lemak seperti asid docosahexaenoic (DHA) adalah asid lemak yang dominan dalam otak. DHA adalah penting untuk otak dan penglihatan. DHA boleh didapati dalam ikan berhabitatkan air-sejuk, telur yang diperkaya dengan omega dan susu, benih-benih, minyak dan kekacang. DHA merupakan komponen penting sel-sel imun dan dengan itu memainkan peranan dalam tindak balas keimunan.
  4. Vitamin-vitamin seperti vitamin A, D, E, K, vitamin B, vitamin C dan antioksidan tumbuhan adalah nutrien yang menyokong fungsi-fungsi keimunan.

Bagaimana untuk menangani kanak-kanak yang cerewet terhadap pemilihan makanan?

  • Apabila menghadapi kanak-kanak yang cerewet, jangan sesekali memaksa mereka. Kenalkan makanan seimbang yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk menarik. Selain itu, masalah ini juga boleh diselesaikan dengan memperkenalkan bijirin bayi yang lengkap dengan nutrisi dan juga mempunyai rasa, tekstur dan warna yang menarik serta sesuai dengan selera kanak-kanak.

    NUTRISI LENGKAP = TUBUH SIHAT
    Pengambilan nutrisi lengkap sejak anak berusia 1 tahun sehingga berumur 3 tahun sangatlah penting. Pada masa ini si manja memerlukan makronutrient seperti karbohidrat, protein dan lemak. Keperluan micronutrient lain juga penting seperti vitamin A,B,C,D,E dan K serta mineral seperti zat besi, zink, kalsium dan iodin.

    Dengan isipadu perut yang hanya 20% daripada orang dewasa dan kecerewetan mereka dalam memilih makanan, jadi memenuhi keperluan saranan pemakanan kanak-kanak merupakan cabaran bagi ibubapa. Bijirin bayi dengan nutrient yang lengkap merupakan alternative terbaik bagi memenuhi saranan keperluan nutrient bagi mereka.

    Makanan Pelengkap Padat Nutrisi
    Bijirin Bayi yang telah diperkaya dengan vitamin dan mineral dan padat nutrisi merupakan makanan pelengkap yang sesuai untuk kanak-kanak. Di proses dengan teknologi yang mempunyai standart keselamatan dan kebersihan yang tinggi.






 
Mealshakes Shaklee ni saya kenalkan kepada anak saya dan saya syorkan kepada anak-anak anda juga. Kenapa?

Kerana ia menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian anak anda.

Ianya diperbuat dari bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin iaitu sejenis susu dan beberapa bahan lain. Tapi kat sini saya nak tekankan bahawa lactalbumin ni adalah bahan terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangaaaat berkualiti dan mudah diserap oleh tubuh dari peringkat bayi hingga orang dewasa. 

Ianya
-bantu proses pembesaran
-bekalkan nutrisi kepada sel tubuh
-bertindak sebagai antioksida yang bantu lawan penyakit
-kaya dengan serat larut  yang membantu anak agar tidak sembelit


Satu lagi fakta yang saya nak kongsi iaitu mealshakes ni sangat sedap jika dibancuh bersama fruktos semulajadi. Contohnya, jus oren atau pisang..nyum-nyum. Tentu anak anda suka.

Cara bancuhan.

Secara normal, saya cuma campurkan sesudu teh mealshakes ke dalam susu anak saya dan pastikan supaya si kecil itu minum air yang banyak..rasa vanilla tu memang sangat sedap. 

Nak cuba?



Rafhati Mohamad Napi 
♥ sms/whatsApp: 013-
♥ Emel : are_t84@yahoo.com 
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey 

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...