Tips Untuk Bergelar Surirumah @ Umi Bekerja Dari Rumah

Kini, sudah sebulan ati bergelar surirumah sepenuh masa. Bukan senang nak buat keputusan ni dulu tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.


Best ke tak?

Mestilah jawapannya sangat best dan tenang hati tengok anak-anak di depan mata membesar dengan baik. Kita tahu apayang mereka buat dan apa yang mereka belajar.

Tetapi, ada beberapa tips yang ati nak kongsi dengan anda sebelum keputusan ni ati ambil.

1- Pastikan berbincang dengan mendalam dengan suami sama ada suami bersedia atau tidak kerana untuk permulaan, kos mungkin akan ditanggung oleh suami kecuali memang sebelum berhenti pun memang macam tu, takpelah (^_^)

2- Kenal pasti jumlah belanja isirumah setiap bulan bagi memastikan tidak berlaku defisit yang memaksa suami atau iteri berhutang. Kalau boleh, buat bajet dan ikut.

3- Fikirkan tentang perubahan emosi anak. maksudnya, kalau sebelum anak dah terbiasa berada di nursery yang mana riuh dan "sibuk" dengan aktiviti kawan-kawan, bagaimana agaknya bila terpaksa berada di rumah bersama ibu sahaja tanpa kawan-kawan. mungkin anak cenderung untuk stress, mula bersikap agak lain untuk mendapat perhatian atau sebagainya. Jika perlu, ajak anak jiran bermain bersama ( kalau anak jiran tak mendatangkan pening untuk si ibu)

4-Kesihatan tubuh badan ibu penting dan sangatlah utama. Yela, kalau ibu tak sihat, camane nak buat kerja rumah dan jaga anak sekaligus? Almaklum, bila ibu keluar bekerja , secara tak lansung sebenarnya bagi ruang untuk ibu berehat. Tak setuju? Mungkin tidak kalau kerja ibu lebih penat dari jaga anak. Tapi ada sesetengah kerja, memang memberi sedikit ruang untuk ibu bersosial dan meluaskan pergaulan bersama rakan di pejabat. (Jangan lebih-lebih yer).

Setakat ni, alhamdulillah sejak ati 24/7 di rumah, semuanya ok. Memang agak penat cuma ada setengah pendapat kata ati akan rasa sunyi. Tapi sebenarnya tak. Kenapa? Sahabat-sahabat dan adik beradik di Group Shaklee iReach sangat happening. Serius, ati tak pernah rasa sunyi...mereka memang HEBAT!

Nak sertai keluarga Shaklee kami?

Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...