Tip Meningkatkan Selera Makan Anak Anda

Salam ceria kepada anda yang inginkan kesihatan dan semua yang mencuba untuk hidup sihat.

Pernah tak kita mengalami situasi di mana meja makan sudah siap terhidang dengan pelbagai menu dan juadah namun masih tak dapat menrik minat si keecil untuk menjamu selera. Yang tetap menjadi pujaan hati mereka cuma jajan-jajan dan makanan yang tidak mengenyangkan. Sebagai ibu bapa, kita wajib risau dengan tabiat pemakanan sebegitu kerana ia bakal menjejaskan anak-anak kita.



Di bawah ni ati kongsikan serba sedikit tip untuk memancing minat dan selera anak-anak untuk makan. Jom baca!


  • Makan bersama-sama. anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  • Jangan memaksa anak makan. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak akan terus membenci dan merasakan ianya satu penyeksaan.
  • Offer anak-anak makan semasa mereka lapar dan tenang. Jangan tunggu terlalu lapar.
  • Cipta suasana waktu makan yang menggembirakan.
  • Untuk mencuba makanan baru, campurkan dengan makanan kesukaan anak-anak.
  • Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. Buat corak, hiaskan dengan comel mengikut kreativiti.
  • Elakkan makanan snek dan makanan ringan, terutama sebelum tiba waktu makan. MSG dalam makanan ringan akan hilangkan selera anak terhadap masakan yang bebas MSG.
  • Elakkan juga makanan tenusu ketika hampir tiba waktu makan, bagi mengelakkan anak kekenyangan ketika waktu makan.
  • Galakkan anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. Contohnya, bawa pinggan ke meja, letak sudu dalam mangkuk. Kalau ada anak yang besar sikit, boleh tolong potong-potong.
  • Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak.
  • Sekali sekala ajak anak makan dengan rakan sebaya atau saudara sebaya kerana anak sukakan suasana makan beramai-ramai.
  • Biarkan anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah.
  • Tanya pendapat anak tentang menu yang diingini.
  • Jika susah-susah sangat, saya cadangkan ibu yang mengalami masalah anak kurang selera makan untuk memberi Mealshake Shaklee. Alhamdulillah anak-anak saya yang sebelum ini agak liat hendak makan akhirnya tidak lagi menolak pelawaan untuk makan.
Gunakanlah waktu makan bersama-sama dengan anak anda sebaik-baiknya dan semoga ia menjadi satu moment yang sangat berharga kepada anak dan juga anda.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...