Blog Archive

December 12, 2014

PilihanTerbaik Si Ibu Untuk Si Anak Mengenal Dunia

 Baca tajuk macam gempak dan serius sunguh kan. Kali ni ati nak bawa pembaca semua untuk kita berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu yang mahukan yang terbaik buat semua anak-anakknya terutama dari segi pendidikan awal.

Tak kisahla apa istilahnya. Taska, Tadika, Tabika, Nursery, PASTI dan segala macam jenama pusat asuhan dan bimbingan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di negara kita, ianya semua bertujuan untuk mengenalkan anak-anak kepada dunia di luar rumahnya bersama dengan pengasuh atau teacher atau cikgu bahkan ustazah panggilannya. Selain itu bagi ibu bapa, kita semestinya ingin yang terbaik buat anak-anak sementara ibu bapa mencari rezeki di tempat kerja.




 Ati pun tak terlepas dari mengalami benda yang sama bila pada masa genap umur Raisha 4 tahun. kalau sebelum ni Raisha dah biasa dihantar ke nursery, bila hujung tahun ni ati ambil keputusan untuk berhenti makan gaji dan nak usha kerja sendiri di rumah sebagai WAHM, kena carilah jalan supaya kakak ni tak boring dah masih boleh meneruskan rutin belajar seperti sebelum ni.

Lama jugakla dok survey tempat-tempat yang munasabah untuk kakak ni. Antara yang ati kena ambil pusing adalah jarak dari rumah, kos bulanan dan pendaftaran, masa belajar dan aktiviti semasa di tempat tersebut.

Apa yang ati boleh simpulkan adalah, untuk mendapatkan yang terbaik, poket mesti dalam keadaan TERBAIK jugak. Maksud terbaik di sini adalah jika sebagai seorang Islam dan ibu bapa menitik beratkan soal pendidikan agama, kita mesti mahukan corak pembelajaran yang menekankan aspek tersebutkan. Jadi, untuk tempat-tempat sbegitu, kosnya adalah berbaloi dengan faedah yang akan anak kita perolehi.

Hampir untuk ati meneruskan impian menghantar kakak ke Genius Aulad atau Little Caliph tetapi memandangkan ati perlu fikirkan soal jarak, dua pilihan utama tu kena taruk dalam wishlist dululah.

Lepas dah bincang dengan suami, kami ambil keputusan untuk memilih PASTI yang masih berada dalam lingkungan yang dikehendaki.

Di sini, ati sedar bahawa kita sebagai ibu bapa perlu sediakan tabungan dari awal untuk menyediakan kemudahan pembelajaran buat anak. Alhamdulillah, ati bersyukur kerana ati telah ditemukan dengan Shaklee yang mana dapat  membantu ati untuk mendapat bonus sebanyak 4 angka setiap bulan.

Kepada ibu-ibu yang di luar sana, peluang masih terbuka luas untuk melangkah menjana pendapatan 4 hingga 5 angka malah lebih dari itu bersama Shaklee.




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Rafhati Mohamad Napi
♥ sms/whatsApp: 013-9218084
♥ Emel : are_t84@yahoo.com
♥ Fb: http://www.facebook.com/attiey

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...