Family Day @ Tanjung Bidara Beach Resort

Nila yang best bila jadi WAHM. Boleh join ape2 program keluarga dengan bebas. Kerja sendiri katanya. Tapi dalam bercuti,bisnes tak ditinggal ok.

19-21 Disember lepas, kitorang ke Tanjung Bidara untuk hari keluarga sebelah suami. Lama ati tak join sebelum sebab bila suami lapang, ati pulak ada program di sekolah. Ini pun sebenarnya guru2 sekolah tu tengah bermesyuarat untuk agenda tahun 2015. Takpe, i dah say bai bai.

Sebelum pergi tu agak tak sedap hati jugak sebab adib dan raisha demam. Masing2 panas sampai 38-39 suhunya. Abinya dua hari half day sebab umi tak larat berjaga sepanjang malam. Standby kot2 diorang terlampau panas. Tapi, sempat jugakla diorang ni sampai gigil. Panas dalam katanya. Apalagi...pcm ikut montot la.

Sampai sana dah malam kot sebab gerak tu tengah azan asar. Alhamdulillah perjalanan ok.
Sampai sana, agak tak enjoy juga sebab kitorang banyak kat bilik je sebab angin pantai tak berapa selesa untuk diorang. Sekejap ok, sekejap meragam..sudahnya di bilik aje kite. Bila diorang tidur, umi tengok tv. Abi? Keluar p cari makannnnn...hihi.

Pepun, takdelah terperap kat bilik je. Mau menjerit si adib dek keboringan melampau. Hiks. Abi join game tarik tali dan baling bola sampai tergolek masuk gol..tak paham jugak game bola tu tapi enjoy la sebab lama jugak tak tengok abi melompat camtu. Hehe.

Hari last tu, kitorang terpaksa gerak balik awal sebab nak p klinik lagi. Si kakak tak kebah kebah panasnya. Tapiiii, dalam kalut risau tu, abi sempat jugak berhenti di Alor Gajah untuk beli buah tangan serba sedikit. Termasukla upin adib dengan elsa kakak.

Sampai ngam-ngam azan zohor. Alhamdulillah, semua dah selamat. InsyaAllah, kita plan ke tempat lain pulop... Mungkin Italy? (^_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...