Pre - WAHM Secara Tak Rasmi

Penat sungguh minggu yang sudah.. walaupun hanya sebagai guru di sebuah sekolah integrasi tapi hasilnya hujung minggu cuma berusaha untuk mengosongkan bakul baju kotor sampai tak muat ampaian. hehe..

Tapi bukan itu yang ati nak jadikan topik utama hari ni tapi ada yang lebih penting dari tu.

Hari ni kalau ikutkan hari bekerja dan ati masih bekerja cuma bekerja di rumah. Ambil cuti sebab pengasuh Adib perlu selesaikan hal pasport.

Dari pagi hingga sekarang, Alhamdulillah...semuanya bisa diatur.

Penat memang penat tapi puas hati sebab anak depan mata. Tapi  inilah peluang untuk ati menyerap aura dan membiasakan diri untuk menjadi fulltime housewife merangkap WAHM pada tahun depan.

Jadual perlu lebih tersusun dan jangan biarkan si kecil terus menyusun jadual anda...betul tak?
Cabaran yang ati perlu hadapi pertama sekali adalah bila seorang ibu atau isteri tidak bekerja, kita hanya akan dipandang sebagai " dia tu tak kerja..." dan ati harus berusaha membuktikan bahawa Shaklee mampu mengubah tanggapan tu secara total.

Hendak seribu daya,...cabaran akan jadi sekecil kuman bila matlamat sebesar gajah.

Doakan ati ye...amin (^_^)

Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee? RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588) SMS@WHATSAPP: 013 9218084 Facebook : Attiey Mohamad *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...