Tekanan Darah Rendah Punca Selalu Pening Kepala?

attiey : 0139218084



Selalu dengar aduan-aduan dari saudara dekat dan juga sahabat berkaitan masalah pening kepala yang datang secara tiba tiba. Ada yang sampai kepala rasa pusing tak boleh buat kerja dan tidurrr je seharian.
Biasanya bila berhadapan dengan masalah begini, doktor lah tempat yang akan kita tuju kan? Jawapan doktor selanjutnya ialah rupa-rupanya itu adalah tanda tekanan darah rendah.


Apa sebenarnya tekanan darah rendah atau Low Blood Pressure ni?
 Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan di mana tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.

Apa lagi tanda-tanda bagi mereka yang mengalami tekanan darah rendah?
·         Cepat lelah 
·         Pening kepala ketika posisi badan berubah 
·         Sukar untuk berkonsentrasi 
·         Mata berkunang-kunang 
·         Mual 
·         Kulit berasa dingin, pucat dan lembap 
·         Pernafasan cepat dan pendek 
·         Defresi 
·         Cepat haus
·         Sentiasa letih
·         Pening kepala atau pitam
·         Apabila melakukan aktiviti fizikal, mudah mendapat sesak nafas
·         Warna kulit bertukar menjadi pucat
·         Penurunan berat badan
·         Kadar denyutan jantung yang cepat
·         Lemah daya ingatan


Apa punca tekanan darah rendah ni?
  • Kekurangan volum darah ~ cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh  terkawal
  • Dehidrasi ~ Dehidrasi mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit
  • Masalah jantung ~ Denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folat dan ‘erythropoitein’
  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiriod yang rendah
  • Gangguan pembentukan sel darah merah seperti talasemia

Bagi golongan yang mengalami tekanan darah rendah ni, hal ini amatlah disarankan iaitu:

·         Bangun dari duduk atau berbaring secara perlahan
·         Jangan berdiri terlalu lama
·         Jangan terlalu lama berdiri di bawah sinaran matahari
·         Diet rendah karbohidrat
·         Banyakkan minum air putih
·         Hindarkan diri dari pengambilan alkohol
·         Jika perlu tambahkan sedikit pengambilan garam
·         Melakukan aktiviti senaman secara teratur

Di kalangan ibu-ibu hamil, tekanan darah rendah boleh menyumbang kepada anemia yang berisiko untuk :
  • Melahirkan bayi pramatang
  • Pertumbuhan janin yang terencat dalam kandungan

Punca Tekanan Darah Rendah tidak jelas tetapi ia boleh dikaitkan seperti berikut :-

1.                   Kehamilan 
2.                   Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu
               aktif (hipertiroidisme), kencing manis atau gula darah yang rendah (hipoglisemia)
3.                   Terlebih dos dari ubat tekanan darah tinggi
4.                   Kegagalan jantung
5.                   Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal)
6.                   Pelebaran atau pengembangan saluran darah
7.                   Keletihan haba atau strok haba
8.                   Penyakit hati

Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap Tekanan Darah Rendah

1.                   Vita-Lea -  multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan
2.                   B-Complex - menambahkan tenaga dan mengurangkan stress
3.                   Ostematrix - Kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah
4.                   ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga
5.                   Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
6.                   Meal Shake - juga multivitamin dan multimineral dan bentuk bancuhan(minuman)


Tips mengatasi ketika mengalami Tekanan Darah Rendah

  • Bagaimanapun, mencegah lebih baik dari merawat. Periksalah tekanan darah kita secara berkala.
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Cara hidup sihat boleh mengelakkan diri pelbagai penyakit berbahaya.
  • Minum lebih banyak air - terutama ketika cuaca panas dan selesema. Air yang mengandungi natrium dan kalium yang tinggi adalah digalakkan.
  • Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (Jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang-panjang selama beberapa kali, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan, Setelah itu, barulah bangun berdiri
  • Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti
  • Makan dalam sejumlah yang sedikit tetapi kerap 
  • Kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Jangan panik tetapi jangan terlalu mengambil sikap sambil lewa. Tekanan darah yang terlalu rendah boleh membahayakan anda. Ambillah langkah pencegahan dari awal sebelum menjadi ‘pelanggan tetap’ ubat-ubat hospital.


 

****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)

SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084

Facebook : Attiey Mohamad

 *Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...