Boikot Shaklee !!!



Memandangkan akhir-akhir ni banyak betul statement di fb dan beberapa media sosial lain yang duk kata Shaklee ni haram, si fulan bin si fulan dah boikot dan sebagainya..

Di bawah ni Attiey kongsikan penjelasan panjang lebar tentang isu boikot Shaklee.Credit kepada fb: Najihah Abdul Mutalib


[Bicara hati dr Los Angeles, USA] - maaf agak panjang tulisan ini..


Inilah Mr. Roger Barnett..CEO Shaklee Corp. Lelaki tersohor di Malaysia akhir2 ini, seperti produk2 keluaran Shaklee jgk yg amat popular dan membantu ramai rakyat Malaysia utk hidup lebih sihat dengan izinNya. Pg td Roger mengadakan pertemuan khas dengan delegasi SID dr Malaysia. Untuk pengetahuan kwn2 semua, kami SID dr Malaysia adalah delegasi teramai yang layak untuk sertai global conference kali ini (ini pun x termasuk leaders Shaklee yg memilih trip umrah, kalau x, lg ramai yg dtg). Kami mendapat layanan yg ckp istimewa di sini, tpt duduk vvip di sediakan utk kami dlm dewan. Disebabkan majoriti SID Malaysia yg layak join trip US kali ini adalah Muslim (200 org drpd 295 org adalah Muslim), maka makanan halal disediakan utk kami, tempat solat pun di sediakan di tmpt konferense. Dan saya dpt berita, dinner para Master mlm td disediakan mknn halal bagi meraikan dan menghormati para master dr Malaysia. Mmg saya selaku muslim, terasa sangat dihormati di sini, di negara Amareka dan negara org puteh ini.
Sewaktu naik di pentas, semua org besar Shaklee yg berada atas pentas tidak menghulurkan tangan pun untuk bersalam dgn kami yg muslimah, sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada tanda hormat. Saya rs kalau di Malaysia, mgkn sebaliknya akan berlaku. Hari pertama konference, Mr. Roger mulakan ucapannya di hadapan ribuan SID Shaklee seluruh dunia dengan menceritakan kisah kejayaan Jutawan Shaklee Malaysia iaitu Master Norita Idris & Master Cery MamaFaiz..terpampang gambar kedua2nya di dalam arena. Juga terpampang gambar bendera Malaysia di sini. Saya ketika itu terasa dada begitu bergetar, menggeletar juga rs tangan dan kaki..seperti tidak percaya walaupun sebenarnya saya dan kami semua amat bangga sekali. Tepukan gemuruh dr seluruh warga arena, semua mata menghala ke arah deligasi Malaysia apabila Mr. Roger mengumumkan bahawa dalam masa 3 tahun, Master Shariza telah berjaya melahirkan 42 org Master (sedangkan ada diantara SID US, selepas 11 tahun buat bisnes Shaklee br naik rank coordi - tinggi rank saya lg ye..hehe). Dan yg pastinya kesemuanya itu adalah jutawan muslimah. Itu baru di bawah master shariza, belum lg master2 yg lahir di bawah master2 muslim yg lain. Cuba kwn2 nyatakan di sini, ada x mana2 syarikat yg telah berjaya melahirkan jutawan2 muslim dan muslimah dlm tempoh yang singkat begini? Dan dari apa yg saya tahu, para Master Shaklee ini tlh banyak membantu dan memberi sumbangan untuk Islam di Malaysia khasnya. Ada yg setiap bulan menyumbang utk sek tahfiz, membina masjid, rumah2 anak2 yatim dan sbgnya lg. Adakah perkara baik sebegini pun anda semua tidak menyukainya dan ingin memusnahkannya??? Maaf sbb sy tlh hebahkan kebaikan yg tlh mereka ini laksanakan. Tp disebabkan ramai yg menuduh bukan2 kepada para leaders Shaklee, sehingga ada yg mengatakan mereka ini gilakan duit, sayangkan bonus yg berjuta2 sampai x tahu menilai mana halal mana haram. Ada yg menuduh para SID shaklee ni terima bonus haram. Siapa anda utk menghukum sesuatu itu halal atau haram??? Semuanya ini hanyalah berpunca dari sumber2 yg diragui kesahihannya. Kalau nak berbicara soal halal haram ni, kehidupan kita sekarang pun penuh dikelilingi dengan perkara2 syubhah.
Sejujurnya, saya ingin nyatakan di sini..setelah saya sertai Shaklee baru saya tahu bahawa wujudnya MLM di Malaysia (walaupun HQnya berpangkalan di US) yg amat menitikberatkan soal2 halal haram, pergantungan kepada Allah, banyak mendekatkan para SID muslim dengan amaln2 Islam dn paling penting shaklee adalah MLM yg patuh Syariah! Silalah buat kajian jika anda tidak percaya! Sehinggakan Shaklee US pun amat menghormati para SID Muslim dr Malaysia. Ini sudah tentunya merupakan sesuatu yg positif juga utk agama Islam sebanarnya. Dan rata2 SID dr seluruh dunia yang hadir ‪#‎usglobalconference‬ kali ini amat kagum dengan kami semua. Kalau jumpa je, pasti mereka akan tnya, kamu semua dr Malaysia? Kamu semua memang awesome! Mgkn jgk mereka melihat, para master dan leader Shaklee dr Malaysia semunya muda2 belia sedangkan kebanyakan leader mereka yg naik ke pentas semua2 dah berusia sehinggakan ada yang dah bongkok2!
Berbalik kepada Mr. Roger td, ya..beliau memang seorang Yahudi. Tidak semua bangsa Yahudi jahat. Yahudi dan zionis adalah dua entiti yg berbeza. Sepatutnya, zionislah yg patut kita benci. Dan Aqsa syarif pernah keluarkan kenyataan bhw kita akan boikot mana2 Syarikat yg mempunyai bukti yg kukuh bahawa mereka ini tlh menyumbang kepada zionis Israel termasuklah sekiranya syarikat itu syarikat org Islam sekalipun. Sedangkan Shaklee tlh menafikan bhw syarikat ini ada terlibat. Kepada semua kwn2 yg sedap2 hati ckp dan suka2 je share ttg Shaklee ni haram, berhati2lah dalam menuturkan kata2 anda. Dan jangan pandai2 mengeluarkan kenyataan bahawa UZAR yg ckp haram..UZAR yg suruh boikot padahal UZAR x pernah keluarkan kenyataan itu. Jika anda ingin boikot, terserahlah tp jangan menuduh yg bukan2 sehingga sanggup2 mengeluarkan fatwa bahawa kami semua makan bonus Haram. Pihak syarikat sendiri sudah 3 kali mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan semua tuduhan itu. Bahkan dlm ucapan pagi td, Mr. Roger sendiri menegaskan di hadapan kami para SID Malaysia bhw Shaklee x pernah terlibat dengan semua ini. Shaklee hanya terlibat utk membantu semua org untuk hidup lebih sihat tidak kira apa bangsa mahupun agama mereka. 
Dan saya dapat tahu, Shaklee juga tidak akan teragak2 untuk mengambil tindakan undang2 sekiranya masih ada yang menyebarkan berita2 tidak benar tentang syarikat dan memburuk2kan syarikat. Jd kepada semua anak2 shaklee customer dan kawan2 saya di luar sana..saya harap anda semua jelas dgn isu ini. Jika anda masih tidak puas hati, buatlah istikharah mohon petunjuk dari Allah..kerana Dialah sebaik2 Penolong buat kita! Jgn main share je apa yg anda x pasti. Wallahua'lam!
 Notakaki: Dalam pic kat bawah ni pun takde logo Shaklee kan? Nape tetiba Shaklee jadi perhatian pulak?




****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli**** 

RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588) 

SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084

 Facebook : Attiey Mohamad 

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...