Set Ibu Hamil/Mengandung Shaklee Bawa Padah Pada Ibu Mengandung?

Attiey : 0139218084



 Saat disahkan hamil adalah saat yang sangat-sangat manis bagi seorang wanita apatah lagi jika itu adalah kali pertama hamil. Macam macam akan difikirkan termasuk makanan dan sumber-sumber vitamin untuk memastikan kandungan serta ibu berada pada kesihatan yang optimum.

 
Shaklee dengan bangganya ‘menyediakan’ supplemen yang mampu membantu bakal-bakal ibu di luar sana untuk mendapatkan  kesihatan yang diingini. 

Namun, tiba-tiba kedengaran sepoi-sepoi bahasa cerita yang mengatakan Set hamil Shaklee berbahaya dan tidak selamat kepada wanita hamil kerana menyebabkan pendarahan teruk..hurm, SILA BACA SAMPAI HABIS YE ..

Kalaulah benar cerita ni, owhh sangat menakutkan bukan?


Tetapi, janganlah cepat melatah. Sememangnya setiap perkara tu ada punca yang spesifik kan. Sebelum memutuskan apa-apa pendapat, cuba fikir dan selidik terlebih dahulu.

1. Jenis supplemen yang diambil?
2.Dos pengambilan?
3. Bagaimana cara makannya?
4. Dari mana supplemen dibeli?

Semua yang saya senaraikan kat atas tu penting untuk kita fikirkan sebelum judge supplemen Shaklee dan seterusnya bersetuju dengan dakwaan di atas J

Jom kita go through Set Hamil yang terdiri daripada:

1.                  B kompleks dan asid folik
2.                  Vitamin C
3.                  Vitalea
4.                  Ostematrix
5.                  ESP
6.                  Omega Guard

Jom-jom tengok, apakah yang terkandung dalam setiap supplement ini :

·                     Vitalea Iron Formula
-        Mengandungi 12 jenis vitamin, 7 galian dan juga zat besi. Zat besi sgt penting untuk pembentukan sel darah merah dan juga untuk menstabilkan darah di dalam badan. Ibu-ibu mengandung dan menyusukan sgt digalakkan mengambil vitalea ini kerana zat besi juga penting untuk penghasilan susu dan juga tumbesaran anak. Nutrient yg terkandung dalam vitalea juga bagus untuk kekuatan tulang dan immunisasi. lain2 keistimewaan kandungan vitalea adalah :
a) Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
b)Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
c)Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
d)Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
e)Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
f)Magnesium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
g)Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
h)Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

·                     B kompleks
-       Shaklee B-Complex mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, paru-paru dan organ-organ penting yang lain.
-       Asid folik merupakan Vitaman B yang penting bagi membantu menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baru. Oleh kerana asid folik tambahan tidak mudah diserap oleh tubuh, Shaklee telah berjaya menghasilkan Sistem Penyerapan Bioaktif yang unik yang membolehkan Vitaman B lebih mudah diserap oleh sistem tubuh.

·                     Vitamin C
-       Kandungan Vitamin C yg tinggi
-       Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yg menyamai kandungan satu setengah biji buah oren utk setiap jam selama 5jam (berkekalan dalam tubuh; kerana Vitamin C tidak berupaya disimpan lama oleh tubuh)
-       mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, untuk kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah
-       membantu dalam proses penyerapan zink dalam badan

·                     Ostematrix
-       Kalsium sangat penting dalam pembentukan sel darah merah
-       Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D membantu dalam pengekalan darah yang normal
-       Juga membantu dalam pengecutan otot dan saraf yang normal
-       membantu dalam penyumbangan nutrient kepada fetus dan supaya kalsium dari si ibu tidak kekurangan akibat diserap oleh anak tadi, mengurangkan osteoperosis.

·                     ESP (Energizing Soy Protein)

-       ESP didatangkan dalam bentuk serbuk yang diperbuat dari 100% non-GMO soy protein yang lengkap dengan 9 asid amino perlu. Kesan POSITIF dari pengambilan minuman ini ialah:
a) ia membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan
b) Selain itu, ia juga membantu kita melapik perut dan menahan lapar kerana ia membantu menghasilkan mukosa sebagai pelindung kesan asid hidroklorik di dalam perut. Oleh itu, dapat mengelakkan rasa kepedihan perut dan juga pedih ulu hati!
c)gabungan kalsium dan protein di dalam ESP menjadi makanan tambahan untuk penghasilan utama susu ibu yang dapat diberikan kepada si manja kesayangan anda.

·                     Omega-Guard
-       Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
-       EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
-       OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

Semua memang bagus untuk mengandung dan persediaan untuk berpantang, dalam pantang dan untuk menyusukan anak.

Takkanlah sebab minum ESP boleh sebabkan pendarahan semasa bersalin?

Sebab ESP ni protein. Proteinlah yang menyediakan sel-sel yang sihat dan baik. Jika anda ada luka, ESP membantu mempercepatkan proses pembaikan luka ni, macam saya yang mengalami pembedahan untuk kedua-dua anak saya.

Saya rasa, saya tahu sebabnya.

Sebab, jika sesiapa yang mengandung yang membeli supplement dari, akan saya nasihatkan supaya berhenti mengambil OMEGA GUARD semasa minggu ke 30-32 untuk persediaan bersalin samasa minggu ke 38-40 nanti.

Lebihan omega itu boleh lah diberikan kepada suami tersayang untuk turunkan kolesterol, normalkan paras insulin atau menstabilkan tekanan. 
Boleh juga diberikan kepada anak-anak tersayang untuk bekalan DHA.

Kenapa kena berhenti makan omega ya?

Omega-3 may increase the risk of bleeding, particularly at doses of three grams daily or greater. Caution is advised in people with bleeding disorders or those taking drugs that may increase the risk of bleeding. Dosing adjustments may be necessary.

Penerangan :

Omega ini berupaya mencairkan darah. Ia adalah supplement yang terbaik untuk mereka yang ada masalah dengan pengaliran darah di dalam badan, terutamanya yang mengidap sakit jantung.

Setengah orang mempunyai darah yang sedikit cair, jadi, sebab itulah dinasihatkan berhenti makan pada waktu sebelum bersalin supaya tidak berlaku kejadian pendarahan yang tidak disengajakan.

Itulah pentingnya mendapatkan konsultasi yang betul, iaitu servis yang sangat diperlukan apabila anda membeli supplement ini.
Jangan suka hati makan tanpa mengikut aturan atau makan secara berlebihan.

Juga anda boleh merujuk dari link ini mengenai omega : http://umm.edu/health/medical/altmed/supplement/omega3-fatty-acids#ixzz2nuXC20AU

Saya harap, dengan penerangan saya ini semua nya telah clear. 

Banyak kesimpulan yang boleh kita dapat dari kisah di atas :

1) Jika terdengar apa-apa berita, siasatlah dahulu sebelum membawa cerita fitnah ke merata-rata tempat 
2) Beli supplement dari pengedar yang dipercayai 
3) Pilih supplement yang selamat dan berkualiti 
4) Makan supplement dengan ilmu  
5) Berpada-padalah untuk semua perkara, berwasatiah, kerana barang yang bagus, jika digunakan atau dimakan berlebihan akan membawa mudarat juga kepada kita, jadi, jangan hardcore ok!
Jika anda pilih supplement untuk dibeli, kajilah dulu supaya tidak bias dan pastikan sumber yang dikaji datangnya dari kajian saintifik bukannya cakap-cakap kosong belaka.

Tidak kiralah, jika anda makan Omega dari brand mana sekalipun, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil, kesannya adalah sama, tambahan kesan sintetiknya pula menambahkan lagi kesulitan pada sel-sel badan anda.

Kerana saya yakin, jika anda makan vitamin Shaklee yang semulajadi ini dengan panduan dan cara yang betul, akan akan berpuas hati dan gembira dengan kesan-kesan positifnya!

Jadi, bukan Set Hamil Shaklee yang bersalah dalam hal ini cuma mungkin pengambilan supplemen tidak berpandukan syarat-syarat yang betul. Jadi, saya sebagai pengedar prihatin anda ulang semula peringatan bahawa  pentingnya mendapatkan supplemen Shaklee  dengan konsultasi yang betul. InsyaAllah, saya akan memberikan konsultasi yang terbaik kepada pelanggan saya sehingga anda puas hati .



  credit




 

****Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je

Facebook : Attiey Mohamad

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...