Blog Archive

April 8, 2014

Anemia dan Kaitannya Dengan Vitamin B-Complex ( B6 , B12)




Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.
Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:
  • Sel darah merah.
Sel darah merah pula meliputi hemoglobin (protein yang kaya zat besi dan berwarna merah). Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.
  • Sel darah putih
Sel darah putih berfungsi sebagai sistem pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan.
  • Platlet dan plasma
Platlet pula penting untuk menghentikan pendarahan apabila luka.
Tanda-Tanda Anemia
Apabila seseorang itu mengalami masalah kulit pucat, degupan jantung pantas, cepat letih, sesak nafas, sakit dada, kerap berasa pening, sejuk dan kebas,  Cuba jelirkan lidah dan lihat warnanya. Adakah ia jauh lebih merah berbanding lidah ahli keluarga yang lain? Sekarang cuba perhatikan bahagian bawah mata dan tangan. Adakah ia berwarna pucat? Jika sebahagian atau semua tanda di atas ada, anda mungkin mengalami masalah anemia.
Bagaimana Anemia Boleh Terjadi?

Ia boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
  • Badan kurang menghasilkan sel darah merah
  • Kehilangan terlalu banyak darah atau kadar kemusnahan sel darah berlaku lebih cepat daripada penghasilannya.
Faktor Penyebab Anemia
a) Kurang Penghasilan Sel Darah Merah Yang Disebabkan:
  • Masalah kekurangan zat besi
  • Kehilangan darah
  • Keracunan logam.
  • Gangguan pada sumsum tulang (myelodyspasia).
  • Penyakit kronik (kerosakan buah pinggang, kanser, artritis reumatoid, Sistemic Lupus Eritematosus, SLE) yang merencatkan fungsi sumsum tulang.
  • Penyakit haemofilia
b) Kemusnahan Sel Darah Merah Luar Biasa (Hemolisis)
  • Iaitu sel darah merah pecah dengan sendiri. Jika kemusnahan sel darah merah berlaku lebih cepat berbanding penghasilannya, individu itu akan mengalami masalah anemia. Hemolisis boleh disebabkan penyakit seperti:
c) Talassemia

d) Kekurangan enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD).
e) Auto imun hemolitik
f) Penyakit sel sikel (masalah yang diwarisi)
Masalah Sel Darah Merah:
  • Leukemia
  • HIV
  • Neutropenia
Cara Untuk Mengelak Anemia
Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi, vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ (seperti hati).
Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.
Kesimpulan
Anemia bukan penyakit, tetapi satu masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah kurang darah.
 Sumber Maklumat: Harian Metro, Utusan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Ok, panjang lebar kita semak tentang Anemia...ingat...ia bukan penyakit tetapi masalah yang menganggu kita.

Untuk membantu mendapatkan mekanan seimbang termasuk vitamin B12 yang mencukupi, kita berkenalan dulu apa itu B12.


Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.



Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


 
KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.

 

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Alhamdulillah, Shaklee datangkan vitamin B-Complex yang lengkap dengan keperluan di atas.. Jadi, jika anda tak sempat nak menjamu selera dengan semua sumber2 yang dinyatakan, senang saja...miliki sebotol B-Complex Shaklee dan amalkan. 









***Jika Berminat Nak Dapatkan Produk Shaklee...nak Jadi Ahli****

 RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
 SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je

Facebook : Attiey Mohamad

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

Featured Post

Bagaimana Nak Cepat Sembuh Selepas Bersalin?

Hai mommies semua. Assalamualaikum. Tengah menghitung hari turun tanda untuk bersalin ke? Dah siap segala keperluan pakaian baby dan...