Tips Pengurusan Masa Untuk Suami isteri serta Anak-anak





Hari-hari yang mendatang takkan sama dengan hari-hari yang telah berlalu. Kalau dua tiga tahun lepas, anak baru satu, tahun ni anak mungkin dah masuk dua atau tiga.

Bbagi yang tinggal bersama ibudan ayah, mungkin situasi tidaklah begitu merumitkan. Mereka pasti membantu sedikit sebanyak sama ada dalam menjaga anak-anak atau mnghulurkan masakan sebagai penghilang lelah.


Tapi, bagaimana dengan pasangan yang tinggal jauh dri bantuan ibu bapa dan pengasuh serta pembantu rumah pun tiada? Tentu banyak kali kita dengar keluhan dari para isteri :

" penatlaa, asyik isteri je kana kemas tu kemas ni"
"suami tak tolong pun"
" nanti i nak resign laa"

hehe...jangan riisau. Anda tak berseorangan. Ramai yang berdepan dengan sitiasi ini.

Bagi ati, apa yang penting adalah

1) kerjasama suami isteri.




Isteri perlu pandai main peranan berbincang dengan si suami bagaimana untuk minta pertolongan. Suami bukanlah kejam sgt sebenarnya. pandai pujuk, jalan jer. :)
Sebagai contoh, minta suami terus asingkan pakaian beliau yang dah dipakai di satu tempat khas. takdelah susah untuk kita isteri nak kena buat kerja dua kali.
Kemudian bila bab makan, minta suami tolong handle bab basuh pinggan dan alatan2 selepas makan dan isteri kemaskan meja...romantik bukan?

2) Telus

Suami isteri perlu telus dalam membincangkan ketidak puasan hati dan apa2 saja yang boleh menimbulkan rasa marah bagi diri masing2. Berterus teranglah. Jika masing2 memendam rasa, takut si anak yg terima akibat. Sebagai contoh, isteri mengharapkan suami yang pulang lebih awal untuk mengangkat kain di jemuran tetapi hal tersebut tidak berlaku dam akibatnya isteri bermasam muka dgn suami bila tiba di muka pintu.
Apa salahnya jika sebelum sampai ke rumah, sms dulu suami meminta beliau mengangkat kain di jemuran ? Sekurang2nya jika beliau berasa agak sukar membantu, tidaklah isteri terus berharap :).

3) Masa untuk anak-anak

Setengah jam selepas tiba di rumah, luangkan lah dulu masa bersama anak atau anak-anak.tanya mereka soalan2 yang mudah, gelak ketawa bersama mereka, mandikan dan selepas itu baru lekakan mereka dengan aktiviti atau perkara2 yang boleh membuatkan anda berpeluang mennyiapkan kerja rumah.

4) Masa untuk suami

Sambutlah suami yang baru pulang dr kerja dengan senyumandan salam. Tanyakan jika suami aktiviti2 yg telah dilakukan. Kemudian minta kebenaran suami untuk meneruskan kerja anda yg terhenti seketika.





Namun, janganlh dilupa masa untuk diri sendiri.. pastikan anda selitkan sedikit keriangan untuk kepuasan diri sama ada dgn reward sesuatu ataupun apa sahaja yg menggembirakan hati anda.. Selamat mencuba :)

 ***********Jika Berminat nak Join Biz Shaklee...nak Jadi Ahli************

RAFHATI MOHAMAD NAPI (ID 869588)
SEBARANG PERTANYAAN: SMS@WHATSAPP: 013 9218084 - bila-bila masa pun boleh je Facebook : Attiey Mohamad

*Penafian: Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...